Cari Blog Ini

Selasa, 16 Oktober 2012

ACARA PENERIMAAN IJAZAH PALING COOL

Bulan ini adalah bulan konvo untuk para graduan. Ramai rakan-rakan di FB post gambar-gambar bergraduasi. Best pula tengok gambar-gambar diorang terutama rakan-rakan se-U dulu. Yang menarik setakat ini cara graduan-graduan UM terima ijazah diorang. Siap menari-nari dan memang sesuai dengan Ijazah yang diterimalah. Iayah mestilah kena tunjuk skill lepas belajar 4 5 tahun tengok layak tak layak terima ijazah tu yetak? hihi...

*tengah fikir kalau graduan dalam bidang Kaunseling nak buat gaya apa yer? Kemahiran mendengar? Kemahiran Konfrontasi? Kemahiran Parafrasa? Hmm..anyone ada idea? hihihi...

Thank to Prince of Noob for the video



Isnin, 15 Oktober 2012

MASTERCHEF MALAYSIA - 2 MELAKA

Minggu lalu saya berkesempatan melawat Melaka buat julung-julung kalinya dalam hidup. Memang suatu pengalaman yang menarik sebab dapat menjejaki dan melihat sendiri dengan lebih dekat peninggalan sejarah di bumi Hang Tuah ini. Namun dalam-dalam banyak tempat menarik yang ada di Melaka masa tu, yang paling menarik adalah sempat melihat sendiri dengan lebih dekat peserta Masterchef Malaysia musim ke-2 yang sedang berentap. Fuhh..memang layan la tengok diorang. So dah ada peluang jadi curi-curi snap beberapa keping gambar. Nasib baik bawa Lens 250mm time tu jadi dapat ZOOOOOMMMM berabis~!! Hehehe...Kalau ikut mana dibenarkan ambik gambar...krew marah tu haha...tp berbekalkan zoom yang hebat so dapatlah sekodeng beberapa gambar yang boleh dikongsikan untuk tatapan korang di luar sana hihii....


Selasa, 2 Oktober 2012

KEJADIAN FERI KENDERAAN TERBAKAR DI LABUAN

Oh Nooo...sekali lagi penduduk Pulau Labuan dikejutkan dengan tragedi kebakaran di laut selepas kes Bunga Alpina milik MISC yang terbakar dan meletup mengegarkan Labuan beberapa bulan lalu. Kali ini pula lagi sandi apabila ia melibatkan Feri kenderaan yang merupakan nadi utama warga Labuan untuk berhubung dengan dunia luar. Dengan ketiadaan feri Wawasan yang besar gedabak ini, penduduk Labuan hanya mengharapkan 2 lagi feri kecil yang pastinya tidak akan mampu menampung permintaan warga Labuan untuk ke Sabah. Bayangkan muatan feri Wawasan ini mampu menampung 2 buah muatan feri kecil iaitu Warisan dan Kimanis. Sedang warga Labuan menarik nafas lega dengan penambahan dari 2 ke 3 feri iaitu kehadiran feri Kimanis yang baru beroperasi hujung Ogos lalu kini sekali lagi mereka dihimpit permasalahan yang sama. Malah lebih menyedihkan, kadar kemasukkan lori-lori pembawa bekalan makanan dari Sabah/Sarawak pasti sedikit terganggu. Dengan kejadian sebegini pasti akan ada kedengaran mulut-mulut yang bersuara tentang pembinaan jambatan. Malahan isu jambatan ini sering dipolitikkan pelbagai pihak terutamanya parti-parti politik.

Aduuii duuii...nasib la feri ini tidak terbakar semasa dalam pelayaran. Kalau tidak..tak tau apa mau cakap oo..dan bernasib baik juga la feri tu belum mempunyai muatan. Kalau ikut jadual feri tu bertolak jam 0800 pagi ini dari Labuan ke Menumbok, Sabah. Dengar-dengar khabar punca feri ini terbakar akibat litar pintas di bahagian kantin feri dan ada letupan dari tong gas yang ada di dek penumpang. So kepada warga Labuan diharap banyak bersabar dan terpaksalah batal niat sapa-sapa yang hendak p KK ujung minggu ni. Naik speedbot saja la kita ni ging..paling-paling naik express hahaa....macam takut pula mau naik feri selepas ni...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...