Cari Blog Ini

Rabu, 27 Mac 2013

SADIS & KEJAM : ORANG UTAN DIBAKAR HIDUP-HIDUP

MANUSIA JENIS APA PERANGAI MACAM NIE??!!

Menurut sumber OrangUtan ini dibakar hidup-hidup sehingga mati kerana kesalahan yang tidak seberapa berat bagi seekor makhluk Tuhan yang bernama binantang iaitu mengambil buah-buahan milik orang kampung akibat terlalu kelaparan.

Cuba kita bayangkan dan fikirkan adakah apakah kesalahannya begitu besar sehingga kita menyiksa dengan membakarnya hidup-hidup? Apakah ini penyiksaan dan hukuman yang harus ia terima dek kerana ingin mengisi perut yang kosong? Walaupun ia adalah seekor binantang namun kita selaku manusia tidak wajar memperlakukan ia sedemikian rupa. Cuba kita fikir-fikirkan kenapa saban hari semakin banyak kita dengar kes binatang liar mula "menceroboh" kawasan ladang dan kebun manusia? Secara rasionalnya siapa yang menceroboh kawasan siapa? Oleh kerana kerakusan manusia itu sendiri yang menjadi punca berlakunya kes "pencerobohan" ini. Kita dengan rakusnya menebang pokok, meneroka hutan, pembakaran, pembinaan dan pembalakan yang mengakibatkan "tuan tanah (haiwan)" lari bertempiran menyelamatkan diri kerana sesungguhnya mereka tidak berupaya mempertahankan hak kehidupan mereka.

Kesan daripada itu, haiwan-haiwan ini mula mendekati kawasan penempatan manusia dan akhirnya berlakulah pencerobohan demi sebuah kehidupan. Bumi ini telah dianugerahkan dengan pelbagai kehidupan yang mana kita saling bergantung antara satu sama lain. Sewajarnya kita harus berkongsi kehidupan dengan mahkluk Tuhan yang lain. Berlainan pula tindakan kita jika ia mengancam kehidupan kita sepeti menyerang dan membuat kacau.

Suka saya merujuk kepada sebuah cerita kartun  iaitu Over The Hedge yang suatu masa dahulu pernah ditayangkan di pawagam. Cerita ia mengisahkan pembangunan dan permodenan manusia memberi impak negatif pada hidupan liar di luar sana sehingga mengakibatkan sumber makanan mereka berkurang.

Jika anda ternampak binatang menceroboh kawasan anda sila ambil tindakan dengan melapor kepada Jabatan Perhilitan atau pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dan bukannya sesuka hati mengambil tindakan sedemikan rupa lebih-lebih lagi binatang yang terancam seperti OrangUtan.

Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawap kepada pembunuhan OrangUtan ini supaya menjadi iktibar kepada orang ramai.

Sekian;
Anak Mensia.


Selasa, 26 Mac 2013

PERARAKAN KERETA MEWAH SEMASA PERKAHWINAN DATO' LEE CHONG WEI

Ini adalah perarakan kereta-kereta mewah semasa perkahwinan Dato' Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo. SWAG!!

Kalau dah kaya tu memang hyper kaya. Siapa cakap ahli sukan tidak boleh jadi kaya raya di Malaysia? Gaji Shafiq Rahim bersama Harimau Selatan (Darul Takzim FC) pun dengar-dengarnya sekitar RM50K sebulan. Untung jadi orang kaya. Kaya datang dari usaha yang hebat dan tak mudah berputus asa.




Sumber : carscoops.com

Isnin, 18 Mac 2013

INFO SIHAT : KHASIAT TEH HALIA KUNYIT


Semalam tengok Backyard Medicine di Saluran LI rupa-rupanya best juga rancangan dia ni. Dalam rancangan tu dia ajar bagaimana herba-herba yang tumbuh di sekeliling kita sebenarnya amat berguna jika dimanfaatkan dengan sebaik-sebaiknya. Salah satu yang dia ajar adalah bagaimana para pesakit Rheumatoid Arthritis (RA) dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada sendi.

Bahan Utama adalah KUNYIT (lebih info rujuk sini) !!


Cara penyediaan:

1. Buangkan kulit kunyit dan halia.
2. Masukkan kunyit dan halia ke dalam lesung (mesin pengisar pun boleh) dan lada hitam. Kisar hingga halus.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk dan campurkan dengan susu segar, teh dan gula melaka. Panaskan dengan api yang sederhana dan gaulkan sehingga sebati selama lebih kurang 5-7 minit.
4. Tapiskan campuran tadi.
5. Teh Halia Kunyit sedia untuk dihidang! (bagi nak suka teh tarik boleh la tarik teh halia kunyit ini)

AWAS! Rasanya mungkin tidak sesedap teh halia biasa sebab ada rasa kunyit.

* Ini adalah persediaan secara traditional bagi mengurangkan kesakitan dan bengkak pada sendi pesakit RA.

Selamat mencuba.

Anak Mensia


Jumaat, 15 Mac 2013

CARA CUCI BUAH PINGGANG YANG SWAG!!





Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2

Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bahan2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini. 


Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

4 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT MILIK DIORANG

Wow!!

Untuk jadi kaya bukan senang tapi memerlukan azam yang tinggi dan kecekalan yang jitu dan padu. Kita sering merungut dan mengeluh jika diminta untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang mungkin konon diluar bidang pengetahuan kita. Budak-budak lepasan U memang popular dengan demand dan ego memasing kalau bab pilih kerja. "Tak sesuailah" "Gaji Kecik" "I budak lepasan U okay..sorry la nak kerja standard budak lepasan form 5" "Penat-penat I belajar Biotech ko suh I kerja jual tiket wayang je?" Disebabkan fenomena begini ramai graduan kita tanam anggur di rumah dan kerja RTM (Rehat Tidor Makan). Memang hak untuk kita memilih tapi tengok keadaan semasa. Apa-apa kerja yang ada depan mata biar gaji kecil kita sambar je dulu. Nanti pandai la rezeki tu datang ye tak? Niaga Herbalife kecil-kecilan pun ok apa...dapat untung 4-500 sebulan ok la dari langsung tak dapat apa-apa. Ada yang dapat berpuluh ribu sebulan. 

Berbalik pada kisah orang-orang kaya di Malaysia ini kalau kita teliti syarikat mereka ini rasanya mereka mereka melabur dalam pelbagai bidang. Kunci kejayaan adalah kerajinan dan azam.




SPIDERMAN DI DUNIA SEBENAR

Adooii...real action by real spiderman...no CGI involved ahaha...you can get a lot of funny and real action from Youtube Channel by GingerNinjaTrickster. Enjoy...


Rabu, 13 Mac 2013

BABAK GUSTI YANG TIDAK DITAYANGKAN DI TV

Kalau gaduh kat sekolah ni mesti champion ni...kecil-kecil dah ada bakat..


Sumber sabahan.fm

PARODY POLITIK MALAYSIA

Baru perasan balik-balik je post video dalam blog ni..why?? Ikut suka la nak post apa haha...mean kebelakangan ini wa balik-balik tengok video la haha...

Video kali ini pula pasal politik Malaysia. Serius memang kreatif orang yang buat video ni. Sama macam video adiwira Mr. Mansuh (Parody Anwar Ibrahim). Memandangkan dah nak dekat dengan PRU13 ni memacam pihak akan memulakan perang psikologi dengan menghantam pihak lawan dengan pelbagai kaedah. Apa-apa pun kita layan dulu video ni haha...


Sumber ShilleNide

WOW...SILAKAK INI CEWEK..SEXY TAPI...

Buka mata pasang telinga...wow!! Kalau anda laki tulen kompom korang tak kelip-kelip tengok ni hinggalah...hinggalah....tengok sendiri la hohooo

Selasa, 12 Mac 2013

LOL..LAGU BENCI TAPI RINDU DIANA NASUTION DIBERI NAFAS BARU

Agains??? Defuq!!

Aritu ada shared pasal penyanyi lagu SAYANG yang dipopularkan oleh Shae. Hari ini versi Benci Tapi Rindu pula oleh orang yang berlainan tapi spesis sama. Memamg feeling abis eh..siap bawa bawa parang nak potong haha....



Sumber irene.minnxi

PENYANYI "SEBENAR" LAGU SAYANG

Defuq??!

My eyes oh my eyes....mesti tonton sampai abis terutama part chorus...bukan insan biasa yang dapat buat macam ni...ini adalah bakat dan anugerah hahaha...


sumber video : melvisterdotcom

Isnin, 11 Mac 2013

JUSTICE LEAGUE : THE RISE OF MR. MANSUH

Filem animasi superhero keluaran penerbit tempatan. Must Watch!



Sumber Mr. Mansuh

Sabtu, 9 Mac 2013

SOS TIRAM MATA KENYIT

Anyone? Kailan masak SoS Tiram Kenyit?



p/s: Sos boleh jadi Sultan of Sulu or Saitan of Sulu


PERKATAAN YANG AKAN DIMASUKKAN KE DALAM KAMUS DEWAN BAHASA EDISI 2013


AYAT-AYAT POWER MENTERI KERJA RAYA


Menteri Kerja Raya Malaysia zaman Tun Mahathir ini memang terkenal dengan "lawak jenaka" ketika beliau berucap. Antara ayat-ayat kelakar semasa beliau sebagai menteri yang mungkin kita akan ingat sampai entah bila :



1. Sammy Vellu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh SaMmy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

Khamis, 7 Mac 2013

PEJUANG GERIILA YANG BERANI MATI

Sekarang ni tengah hangat pasal pencerobohan geng TIRAM Kiram yang perasan dirinya itu adalah Sultan. Anak Iban rasa memang dia ni sultan tapi sultan kepada segala Tiram yang ada di perairan Sulu. Gambar ini Anak Iban kurang pasti siapa mereka ini (ada kaitan ke tidak dengan ging tiram sos tu) tapi yang pasti inilah pejuang yang pasti digeruni oleh pihak lawan. Sepertinya ada ilmu tahap super saiyan. Sentiasa menegak berdiri walau musuh menyerang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...