Cari Blog Ini

Rabu, 6 Ogos 2014

BOIKOT vs KEGANASAN VANDALISME


SUMBER DARI BERITA AWANI

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aqsa Syarif memohon orang ramai yang menyokong kempen boikot barangan Israel supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen itu sebagai menunjukkan rasa simpati terhadap penderitaan penduduk Palestin di Gaza.

Pengerusinya Dr Hafidzi Mohd Noor merujuk kepada kejadian premis McDonald’s (McD)  di Dungun pada 5 Ogos di mana sekumpulan orang ramai mengganggu premis McD dan membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai restoran berkenaan.

“Tindakan liar dan melampau ini tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot, sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta awam (vandalism),” kata Dr. Hafidzi.



POSTER BARANGAN YANG DIPROMOSIKAN UNTUK DIBOIKOT



ULASAN PERIBADI SAYA

Ini bukan caranya..ini bukan boikot dah ni...sapa yang nak boikot tu sila-silakan tp jgn sampai bertindak ganas dan tersasar dari norma kemanusian...nak boikot senang ja..tak payah jejak kaki pun p McD. Yang kumpul2 ni bukan ada hasil pun..buang masa & tenaga lagi ada..silap2 kena cekup polis sbb berkumpul tidak memiliki permit...kira perhimpunan haram la...

Mari aku ajar 10 cara boikot :

1. Kalau dlu suka mkn burger McD tukar la p Burger Ramli Warung Mak Jemah
2. Kalau dlu suka minum Starbuck tukar la p minum kopi tenom kisar sendiri lepas tu campur cream..jadi la frappucino kopi tenom
3. Kalau KFC pula p goreng ayam sendiri tak pun kalau malas p beli kat Uncle Bob
4. Whatapps tukar p conventional sms; Facebook tukar p Weibo (china)
5. Caltex, Esso, Mobil tu tukar la p Petronas ..sokonglah industri minyak negara.
6. Yang guna Intel (Pc or Laptop) tu p tukar processor anda ke AMD sbb AMD Mormon yang punya
7. Coca-Cola pula paling senang..minum je MyCola
8. BOSE < haaa..yang ni sapa ado set home theater dia jgn buang..bagi kat aku...
9. Yang Wanita jangan guna Kotek..tukar p jenama lain..sama juga baby jgn pakai huggies..tukar p lampin lain yg cuci sendiri tu.
dan tips yang terakhir (byk lagi sebenarnya..)
10.  yang pakai alatan kosmetik Dunhill, Hugo, DKNY, Garnier, Giorgio ArmaniMaybelline, Ralph Lauren, Gucci, SKII,Revlon etc..tukar ja p jenama lain..Safi Rania kan ado...perfume kan byk jual kat kedai2 Masjid India yang dlm botol2 kecik tu..jimat dan murah..wangi lagi..

Kita sebenarnya banyak pilihan lain..tak plu dan berkumpul2 mcm ni... alasan seperti simbolik bagai ni tak berapa nak sesuai sbb mcm kanak2..cuba tengok kanak2 yang protes sebab abah dia tak mau bli alat mainan dia akan sama ada menangis or worse bogel buka seluar dpn kedai sambil menangis.. at the end sapa malu? Abah dia dan dia sekali yang malu... apa jurujual tu buat? xdo..dia buat bodo jer.. sinomim nya lu fikir la sendiri..

Jumaat, 14 Februari 2014

BANJIR DI BEAUFORT, SABAH

Info terkini yang diperolehi daripada Cawangan Trafik Papar menunjukkan Pekan Beaufort, Sabah mengalami banjir teruk akibat limpahan daripada Sungai Padas. Aduhaiii...kesiannya... pekan Beaufort ini antara tempat yang menjadi kebiasaan untuk outstation. Harap semuanya selamat dan berhati-hati bagi yang dalam perjalanan menggunakan laluan ini.
Untuk info, Pekan Beaufort adalah laluan utama yang menghubungkan Sipitang ke Kota Kinabalu. Kalau jalan ini terputus alamatnya memang tergendalalah perjalanan bagi yang dari Sarawak, Brunei dan Sipitang yang hendak ke Kota Kinabalu dan daerah-daerah lain di Sabah dan sebaliknya melainkan jalan alternatif melalui pekan Tenom dan Keningau (tapi dengar-dengar 2 pekan tersebut turut mengalami banjir).




Rabu, 12 Februari 2014

TAN SRI ADENAN SATEM DILANTIK SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK YANG BARU



Sejarah bakal tercipta untuk Bumi Sarawak apabila seluruh rakyatnya bakal menerima seorang Ketua Menteri yang baru pada 1 Mac 2014 apabila Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan yang disandang beliau sejak 1981-2014 berkuatkuasa pada 28 Feb 2014. Dengan ini Sarawak akan mendapat Ketua Menteri yang Ke-5 sejak merdeka daripada pemerintahan Keluarga Brooke. 

Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud
Tempoh menjadi Ketua Menteri Sarawak dari 1981-2014

Jumaat, 10 Januari 2014

BUKU YANG EPIC FAIL PASAL KAUM DI MALAYSIA

Alamak!! Betul ke ni?? Kadazan dan Iban tu terbalik...Klu yang Iban tu dia letak Murut aku boleh terima la..ni KADAZAN?? Kalau betullah ini ada di dalam buku sekolah kita macam mana kesilapan begini besar boleh berlaku?? 



Sumber : Best Bro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...