Baru-baru ini semasa perlawanan dramatik antara MU vs Soton, Sir Alex Ferguson meraihkan perlawanan ke 1000 beliau sebagai pengurus Manchester United dan ini meletakkan beliau sebagai pengurus paling lama dalam sejarah United. Sepanjang karier beliau sejak 1986 (sebaya aku ni!!)
Sepanjang 27 musim berada di United, bermacam-macam kontroversi yang mencalit orang tua ni. Antara yang paling pemes adalah bergaduh dengan laki Posh Spice sambil berbaling kasut. SAF memang terkenal dengan keceluparan dan kelantangan beliau. Beliau juga berjaya membuatkan para Superstar United tunduk kepada ketokohan beliau. Konsep beliau yang "Lu tarak mau dengar cakap gua Lu get loose" ternyata berkesan dan telah menyebabkan United kehilangan beberapa nama besar dari Theater of Dream seperti David Beckham, Ruud Van Nistelrooy, Gabriel Heinze, Jaap Stam, Dwight Yorke dan Paul Ince (ada lagi nama lain tapi tak ingat..biar lerr). Tapi sekejap jer SAF cari ganti.
Belum reda kesedihan fan United atas perpindahan Beckham ke Real Madrid..tup tup muncul budak mentah dari Sporting CP @ Sporting Lisbon dengan super skills yang kini bernilai 80 juta Pound (lebih mahal dari cincin permata 24 juta USD yang tak beri pulangan keuntungan sekadar pemuas nafsu mata dan perabis duit "tabungan" dari kecik).
SAF bukan sekadar berjaya melahirkan superstar di atas padang malah turut berjaya melahirkan beberapa orang pengurus yang tak kurang hebatnya seperti Mark Hughes (QPR), Steve Bruce (Hull City), Gordon Strachan (last kat Middlesbrough 2010), Paul Ince (last 2011 kat Notts County) dan Roy Keane (Ipswich Town tp kena pecat dah Jan 2011) dan Bryan Robson (bekas jurulatih Siam dari 2009-2011).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan