Cari Blog Ini

Jumaat, 14 Februari 2014

BANJIR DI BEAUFORT, SABAH

Info terkini yang diperolehi daripada Cawangan Trafik Papar menunjukkan Pekan Beaufort, Sabah mengalami banjir teruk akibat limpahan daripada Sungai Padas. Aduhaiii...kesiannya... pekan Beaufort ini antara tempat yang menjadi kebiasaan untuk outstation. Harap semuanya selamat dan berhati-hati bagi yang dalam perjalanan menggunakan laluan ini.
Untuk info, Pekan Beaufort adalah laluan utama yang menghubungkan Sipitang ke Kota Kinabalu. Kalau jalan ini terputus alamatnya memang tergendalalah perjalanan bagi yang dari Sarawak, Brunei dan Sipitang yang hendak ke Kota Kinabalu dan daerah-daerah lain di Sabah dan sebaliknya melainkan jalan alternatif melalui pekan Tenom dan Keningau (tapi dengar-dengar 2 pekan tersebut turut mengalami banjir).




Rabu, 12 Februari 2014

TAN SRI ADENAN SATEM DILANTIK SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK YANG BARU



Sejarah bakal tercipta untuk Bumi Sarawak apabila seluruh rakyatnya bakal menerima seorang Ketua Menteri yang baru pada 1 Mac 2014 apabila Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan yang disandang beliau sejak 1981-2014 berkuatkuasa pada 28 Feb 2014. Dengan ini Sarawak akan mendapat Ketua Menteri yang Ke-5 sejak merdeka daripada pemerintahan Keluarga Brooke. 

Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud
Tempoh menjadi Ketua Menteri Sarawak dari 1981-2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...