Cari Blog Ini

Jumaat, 14 Disember 2012

GUNPLA ANIMATED

Ini adalah sangat kreatif~!! Video ini dihasilkan menggunakan kesan bunyi dan animasi yang sangat kreatif tapi watak-watak dari Gunpla (Gundam Plastik).


Khamis, 13 Disember 2012

CALON-CALON RATU CANTIK DARI THAILAND

Entry kali ni khas untuk menguji kehebatan kaum lelaki tapi kalau kaum wanita nak cuba boleh jugalah..Takkan nak larang pula kan..Ok..kat bawah ini merupakan 12 orang ratu cantik TAPI hanya 6 sahaja yang benar-benar wanita manakala selebihnya adalah lelaki (woow!). Cuba cari 6 orang wanita tersebut. Jawapan ada di akhir post ini. So cari dengan penuh kesabaran OK!


Sabtu, 1 Disember 2012

SAFE AND SOUND COVER VERSION BY JULIA SHEER. BEST!

Sekali lagi versi cover untuk lagu Safe And Sound dari Julia Sheer. Kalau dulu ada dikongsikan cover dari Jayesslee. Dua-dua pun best sebab ada part dalam versi Taylor Swift aku tak minat yang menjadikan I dont Like Her Version.



Jumaat, 23 November 2012

THE POWER OF PHOTOSHOP

Ternyata photoshop adalah teman baik para artis Hollywood. Kalau nda da photoshop rupanya diorang ni sama ja macam makcik yang jual sayur di Kundasang (maybe lebih lawa makcik di Kundasang tu. Putih-putih dan original..Sumandak Sabah ba itu...tapi lawa gi Kumang dan Dayung di Sarawak...weeewiitt)


Faith Bukit


Britney Sperm

Fergie

Khamis, 15 November 2012

FIRST LADY OF MALAYSIA MEMANG HEBAT

First Lady of Malaysia memang versatile..boleh nyanyi dan boleh menari sekali..memang tahap diorang Kajol.. sangat kagum ( tangan di dada mata ke atas)


Laporan Asal Blog Serius

Rabu, 14 November 2012

PEK CELCOM XPLORE ZAMAN DULU

Masih ka korang ingat pada pek Celcom Prepaid zaman dulu...ni pek zaman 2005 kira era milinium sudah tapi it still a legend. Zaman sekarang ni semua zaman kesedaran elak pembaziran kertas so tak der dah pek bosar-bosar macam ni..






Jumaat, 2 November 2012

VIDEO LAWAK ARSENAL!

Sempena perlawanan epic antara The Red Devils vs The Meriam Buluh (Gunners), mari tengok video penuh confident tapi memalukan dari Giroud dan Coquelin. Aksi ni dirakamkan semasa perlawanan Piala Capital menentang Reading...apa yang terjadi? Saksikan sendiri..wahahaaaa....memang ada bakat ganti JOZAN atau SEPAH haha


Khamis, 1 November 2012

SEMBILU THE MOVIE PARODY YANG EPIC WIN!

Ni zaman dulu kala masa aku masih study dah kuar benda alah ni..sengaja nak refresh balik..memang kaw kaw ler...




Selasa, 16 Oktober 2012

ACARA PENERIMAAN IJAZAH PALING COOL

Bulan ini adalah bulan konvo untuk para graduan. Ramai rakan-rakan di FB post gambar-gambar bergraduasi. Best pula tengok gambar-gambar diorang terutama rakan-rakan se-U dulu. Yang menarik setakat ini cara graduan-graduan UM terima ijazah diorang. Siap menari-nari dan memang sesuai dengan Ijazah yang diterimalah. Iayah mestilah kena tunjuk skill lepas belajar 4 5 tahun tengok layak tak layak terima ijazah tu yetak? hihi...

*tengah fikir kalau graduan dalam bidang Kaunseling nak buat gaya apa yer? Kemahiran mendengar? Kemahiran Konfrontasi? Kemahiran Parafrasa? Hmm..anyone ada idea? hihihi...

Thank to Prince of Noob for the video



Isnin, 15 Oktober 2012

MASTERCHEF MALAYSIA - 2 MELAKA

Minggu lalu saya berkesempatan melawat Melaka buat julung-julung kalinya dalam hidup. Memang suatu pengalaman yang menarik sebab dapat menjejaki dan melihat sendiri dengan lebih dekat peninggalan sejarah di bumi Hang Tuah ini. Namun dalam-dalam banyak tempat menarik yang ada di Melaka masa tu, yang paling menarik adalah sempat melihat sendiri dengan lebih dekat peserta Masterchef Malaysia musim ke-2 yang sedang berentap. Fuhh..memang layan la tengok diorang. So dah ada peluang jadi curi-curi snap beberapa keping gambar. Nasib baik bawa Lens 250mm time tu jadi dapat ZOOOOOMMMM berabis~!! Hehehe...Kalau ikut mana dibenarkan ambik gambar...krew marah tu haha...tp berbekalkan zoom yang hebat so dapatlah sekodeng beberapa gambar yang boleh dikongsikan untuk tatapan korang di luar sana hihii....


Selasa, 2 Oktober 2012

KEJADIAN FERI KENDERAAN TERBAKAR DI LABUAN

Oh Nooo...sekali lagi penduduk Pulau Labuan dikejutkan dengan tragedi kebakaran di laut selepas kes Bunga Alpina milik MISC yang terbakar dan meletup mengegarkan Labuan beberapa bulan lalu. Kali ini pula lagi sandi apabila ia melibatkan Feri kenderaan yang merupakan nadi utama warga Labuan untuk berhubung dengan dunia luar. Dengan ketiadaan feri Wawasan yang besar gedabak ini, penduduk Labuan hanya mengharapkan 2 lagi feri kecil yang pastinya tidak akan mampu menampung permintaan warga Labuan untuk ke Sabah. Bayangkan muatan feri Wawasan ini mampu menampung 2 buah muatan feri kecil iaitu Warisan dan Kimanis. Sedang warga Labuan menarik nafas lega dengan penambahan dari 2 ke 3 feri iaitu kehadiran feri Kimanis yang baru beroperasi hujung Ogos lalu kini sekali lagi mereka dihimpit permasalahan yang sama. Malah lebih menyedihkan, kadar kemasukkan lori-lori pembawa bekalan makanan dari Sabah/Sarawak pasti sedikit terganggu. Dengan kejadian sebegini pasti akan ada kedengaran mulut-mulut yang bersuara tentang pembinaan jambatan. Malahan isu jambatan ini sering dipolitikkan pelbagai pihak terutamanya parti-parti politik.

Aduuii duuii...nasib la feri ini tidak terbakar semasa dalam pelayaran. Kalau tidak..tak tau apa mau cakap oo..dan bernasib baik juga la feri tu belum mempunyai muatan. Kalau ikut jadual feri tu bertolak jam 0800 pagi ini dari Labuan ke Menumbok, Sabah. Dengar-dengar khabar punca feri ini terbakar akibat litar pintas di bahagian kantin feri dan ada letupan dari tong gas yang ada di dek penumpang. So kepada warga Labuan diharap banyak bersabar dan terpaksalah batal niat sapa-sapa yang hendak p KK ujung minggu ni. Naik speedbot saja la kita ni ging..paling-paling naik express hahaa....macam takut pula mau naik feri selepas ni...




Selasa, 25 September 2012

MACAM MANA NAK DETECT GAY

Ni tak tahu sejauh mana kebenaran dia lah..sekadar kongsi jer...yang penting jari manis ku memang kaw-kaw panjang dari jari telunjuk..macam mana pula kalau jari telunjuk lebih panjang dari jari manis? Adakah dia BISEK? wahaha....so girls please check your boyfriend/husband fingers after this to determine either they are macho man or gay hihi...


p/s: ada juga lelaki macho tapi sebenarnya gay...

Sumber PENGERINDU

BAHAYA MAKAN McDONALD McSHAKER FRIES

Adoiii~~ hati-hati la kepada yang suka makan McShaker tu sebab ia akan mengakibatkan anda mengalami sejenis penyakit bersindrom...(tak sampai hati nak cakap..korang tengok sampai abis dan baca sendiri..)

PERWATAKAN DALAM MEETING KALAU MANUSIA ADALAH HAIWAN

Yang mana satukah anda?





Ahad, 23 September 2012

BILA BABI SELAMATKAN ANAK KAMBING

Tersangat la kiut dan bijak...jadi perumpaan selalu kita dengar "BODOH MACAM BABI" dah tak releven.


Jumaat, 21 September 2012

PEKERJAAN PALING BAD-ASS

Bluurrpppp!!

Masyarakat Sarawak pada zaman dahulunya memang terkenal dengan keperwiraannya dalam memancung kepala orang. Sehingga kini masyarakat Dayak masih dikenali dengan gelaran Headhunter tapi amalan tersebut sudah lama ditinggalkan. Walaupun budaya penggal memenggal ini sudah tidak diamalkan tapi tidak mustahil sejarah mungkin berulang. Minta dijauhkan ehh~~

Kalau anda pergi ke rumah-rumah panjang traditional memang masih ada keluarga yang menyimpan "Antu Pala" ini beserta Pedang pemenggal yang dikenali dengan  nama "Ilang". Kalau rumah panjang moden korang memang kempunanlah nak tengok sebab anda hanya mungkin jumpa TV LED 50" berserta siaran parabola yang hanya ada di Sarawak (lain-lain negeri parabola diharamkan okay..)



p/s : ini adalah legend!!



Khamis, 13 September 2012

BOUCHRA VAN PERSIE - WAGS ROBIN VAN PERSIE

Mari kita saksikan (ye ke perkataan tu?) Isteri Robin Van Persie a.k.a Mrs. Van Persie - Bouchra Van Persie. Mrs. Persie ini merupakan warganegara Belanda berketurunan Morroco (kalau kat tempat aku skrg ini byak pilipin a.k.a pilak berketurunan ori dari pilipin tapi warganegra Malaysia).

Pasangan Persie ini bersatu 2 jiwa jadi 1 hati pada 31/03/2004 dan anak laki-laki diorang Shaqueel lahir pada 16/11 tahun yang sama dan Dina Laya pula 10/10/2009.

Aku malas nak tulis panjang so baca kat link ini kalau nak tahu lebih lanjut wahahaa...


Rabu, 12 September 2012

PEMANDU LESEN KOPI O TANPA GULA

Apa la guna pakai kereta memahal tapi mentaliti pemandu yang tersangat low-class. Dah diberi amaran guna high-light pun tak reti bahasa...lepas tu bagi horn pun begitu juga...memang vanggang siot. Dah la memandu slow di lorong kanan. Kalau mengikut peraturan jalan-raya memang boleh kena saman ni. Tak fikir ke orang rushing kat belakang tu..spai sempat lagi di rakam sebab slow tahap gaban..ni adalah sikap pemanduan di Labuan.


Jumaat, 7 September 2012

REVOLUSI FATTY TO 6PAX

Ada bran? Ni lebih hebat dari The Biggest Looser ni..pweeewww~!!




Sumber by adriquejimmie

GANGNAM STYLE @ OPEN CONDOM STYLE??

Kebetulan atau disengajakan?! 
Rasa-rasa macam familiar ja katun-katun dalam vid ni...hohoho

LOL..


Khamis, 6 September 2012

REKOD DARI MASTERMIND THE RED DEVILS

Baru-baru ini semasa perlawanan dramatik antara MU vs Soton, Sir Alex Ferguson meraihkan perlawanan ke 1000 beliau sebagai pengurus Manchester United dan ini meletakkan beliau sebagai pengurus paling lama dalam sejarah United. Sepanjang karier beliau sejak 1986 (sebaya aku ni!!)




Sepanjang 27 musim berada di United, bermacam-macam kontroversi yang mencalit orang tua ni. Antara yang paling pemes adalah bergaduh dengan laki Posh Spice sambil berbaling kasut. SAF memang terkenal dengan keceluparan dan kelantangan beliau. Beliau juga berjaya membuatkan para Superstar United tunduk kepada ketokohan beliau. Konsep beliau yang "Lu tarak mau dengar cakap gua Lu get loose" ternyata berkesan dan telah menyebabkan United kehilangan beberapa nama besar dari Theater of Dream seperti David Beckham, Ruud Van Nistelrooy, Gabriel Heinze,  Jaap Stam, Dwight Yorke dan Paul Ince (ada lagi nama lain tapi tak ingat..biar lerr). Tapi sekejap jer SAF cari ganti.


Rabu, 5 September 2012

VIDEO PENUNGGANG SKUTER PALING BERNASIB BAIK

Benar ba kata perpatah, Jodoh, Ajal di tangan Tuhan. Kalau dah ajal time makan pun boleh jalan. Tapi dah memang ajal tak sampai seru lagi begini la jadinya..kena kuis dengan lori trak besar gedabak pun hidup walaufiat lagi. Tapi sekurang-kurangnya jangan la jemput ajal tu kalau rasa-rasanya bekalan akhirat tak cukup lagi. Tak pepasal jumpa Lucifer & co. 

Kalau penat biar la berhenti tepi jalan dan tidor tapi awas kalau tak kena tempat (memang dah ajal) free-free pula yer kena langgar..haiissshhh~~!! 

P/s: Kalau macam Tomok dalam Mantera tu tak pe gak..boleh transform p robot.




Thank to Andrian Freak


PHOTOGRAPHERcing TERULUNG

Fuuuhh...brader ini memang gempak sioott~!! Lens murah tak main dia cakap..semua lens-lens dia memang super "mahal". Lens brader kita ini memang mahal (pada dia la kot) tp tengok kat Speedlite dia..aduuiii...


Sumber gambar Jeremy Amy

Kalau sesiapa yang tak reti sangat pasal kamera macam aku ini bolehlah dia kencing tapi Mr. Google ada Bebs!! Mari kita tengok harga lens-lens brader yang "mahal' ini..

Canon EF 15-85 F3.5 IS zoom - RM 2.8K
Canon EF 24mm F2.8 prime - RM 1.6K
Canon EF 50mm F1.8 prime - RM0.35K
Canon EF 18-55mm F3.5 IS zoom - Kits Lens (disertakan dengan camera- pakej ler tu)
Canon EF 55-250mm F3.5 IS zoom - RM 0.9K (masa aku beli dulu la..paling2 pun 1K ja)

Flash:
YN 467 - Less then RM300.00
YN 460 - Less then RM 200.00 (ini pun aku pakai)


Selasa, 4 September 2012

Rabu, 15 Ogos 2012

BILA FERRARI MODENA F360 & PORSCHE BOXSTER BERTUKAR MENJADI TEKSI

Inilah rupa bentuk Ferrari dan Porsche bila diubah menjadi teksi. Kalau korang, rasa-rasanya nak naik tak teksi ini? Gerenti bestkan dapat naik kereta sport mewah. Kalau saya, saya nak tukar dengan dreba teksi biar dreba tu jadi penumpang LoL. Ini adalah kejadian sebenar di Indonesia. Dulu-dulu diorang guna Vios untuk dijadikan teksi (kita kalau dapt beli vios dah kira mewah lerrrr~~), sekarang Ferrari pula!!









** Tengah tunggu Teksi Lambogirni 1Malaysia (TL1M)

p/s: Sebenarnya teksi ini hanya untuk pameran dan paling-paling untuk shooting filem ;p


Sumber KASKUS

KOMIK JOHARI PAIN YANG NAK POTONG "K**EK"

Nampaknya Johari Pain dah semakin popular gara-gara dia nak potong k**ek dia kalau Pandelela Rinong menang pingat Olimpik. Sekarang dah ada komik pasal dia pula. Ini lawak versi Sabah la. Kalau tak faham boleh tanya la. Kelasssss ko Johari~~!!




Sumber I Love Sarawak


Selasa, 14 Ogos 2012

KICKBOXING : INI ADALAH EAUUWW...AUU~~

Pergghh~!! Kaki besi ke apa mamat negro ni? Nyilu pula tengok kaki orang putih tu boleh patah sampai macam tu sekali...eerrr....



BERITA HARIAN EPIC FAIL

Nama dan gelaran VIP pun boleh silap. Sejak bila Datuk Seri Khalid menjadi KPN? Editor BH ini patut kena saman oo haha...



MARGARET NATSUKI : WAGS SHINJI KAGAWA

Sejak perpindahan Shinji Kagawa dari Borussia Dortmund ke my febehet team (Manchester United) , ada gosip-gosip menyatakan gf Shinji adalah pornstar terkenal di Japang. Tapi ramai yang terCONPIUS antara  pornstar Ameri Ichinose dan  Margeret Natsuki - awek sebenar Shinji. Magreret merupakan model dan personaliti tv di Jepun. Bolehlah cari-cari di Mr. Google yer..Mari kita tengok girlfriend sebenar Shinji Kagawa. kawaii..

Ameri Ichinose

Natsuki & Kagawa

Natsuki






Isnin, 13 Ogos 2012

GAMBAR SAMAN PALING EPIC!!

"Summon like a boss"

Kita tengok kereta apa yang abg polis kita ini saman hihiii...


Sabtu, 11 Ogos 2012

RUPA ULAR YANG PELIK.

Aritu dah tunjuk kan rupa ular yang macam penis. Sekarang dah jumpa gamabr yang sewaktu dengannya yang lebih eawww~~!! How "diskasting"...uuueaaakkk!

Warning awal : Jangan tengok kalau jenis geli2..uuuaaeekkk!!


AKSI CHEERLEADER OLIMPIK LONDON 2012 (17 GAMBAR)

Kalau anda menyaksikan bola tampar pantai dan basketball pasti korang ada menyaksikan cheerleader British style kan? Here we go for the pics.



MUKA KERETA KALAU MEREKA ADALAH MANUSIA

Agak-agaknya kalau kereta tu jadi manusia macam rupanya diorang ini kan?

CARA TERBAIK KURUSKAN BADAN

Oh my gosh!! Ada bran?

VENETIAN MASK ASSASSIN'S CREED YANG SEBENAR

Para peminat Assassin's Creed confirm ingat topeng ini. Ingatkan time main game ini topeng ini sekadar rekaan semata-mata. Rupa-rupanya memang wujud dan masih ada dijual di Italy. Topeng ini biasanya dipakai oleh penduduk Venice untuk meraikan Carnival of Venice yang akan diadakan setiap tahun iaitu 40 hari sebelum Perayaan Easter untuk umat Kristian. Fiesta ini biasanya berakhir sehari sebelum Ash Wenesday. Untuk pengetahuan Ash Wednesday menandakan bermulanya musim puasa untuk para umat Kristian di serata dunia. Musim puasa akan berakhir dengan perayaan Easter iaitu Ahad selepas Good Friday.

Harga sebiji Venetian Mask ini dalam lingkungan Euro 10-15. Jadi sapa mau dapatkan topeng ini sila book tiket ke Italy dan beli LoL.

Credit to EKLoh for the pics.

Pic by EKLoh




Pinjam dari feedyourconsole.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...