Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label Articles. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Articles. Papar semua catatan

Rabu, 6 Ogos 2014

BOIKOT vs KEGANASAN VANDALISME


SUMBER DARI BERITA AWANI

KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aqsa Syarif memohon orang ramai yang menyokong kempen boikot barangan Israel supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen itu sebagai menunjukkan rasa simpati terhadap penderitaan penduduk Palestin di Gaza.

Pengerusinya Dr Hafidzi Mohd Noor merujuk kepada kejadian premis McDonald’s (McD)  di Dungun pada 5 Ogos di mana sekumpulan orang ramai mengganggu premis McD dan membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai restoran berkenaan.

“Tindakan liar dan melampau ini tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot, sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta awam (vandalism),” kata Dr. Hafidzi.



POSTER BARANGAN YANG DIPROMOSIKAN UNTUK DIBOIKOT



ULASAN PERIBADI SAYA

Ini bukan caranya..ini bukan boikot dah ni...sapa yang nak boikot tu sila-silakan tp jgn sampai bertindak ganas dan tersasar dari norma kemanusian...nak boikot senang ja..tak payah jejak kaki pun p McD. Yang kumpul2 ni bukan ada hasil pun..buang masa & tenaga lagi ada..silap2 kena cekup polis sbb berkumpul tidak memiliki permit...kira perhimpunan haram la...

Mari aku ajar 10 cara boikot :

1. Kalau dlu suka mkn burger McD tukar la p Burger Ramli Warung Mak Jemah
2. Kalau dlu suka minum Starbuck tukar la p minum kopi tenom kisar sendiri lepas tu campur cream..jadi la frappucino kopi tenom
3. Kalau KFC pula p goreng ayam sendiri tak pun kalau malas p beli kat Uncle Bob
4. Whatapps tukar p conventional sms; Facebook tukar p Weibo (china)
5. Caltex, Esso, Mobil tu tukar la p Petronas ..sokonglah industri minyak negara.
6. Yang guna Intel (Pc or Laptop) tu p tukar processor anda ke AMD sbb AMD Mormon yang punya
7. Coca-Cola pula paling senang..minum je MyCola
8. BOSE < haaa..yang ni sapa ado set home theater dia jgn buang..bagi kat aku...
9. Yang Wanita jangan guna Kotek..tukar p jenama lain..sama juga baby jgn pakai huggies..tukar p lampin lain yg cuci sendiri tu.
dan tips yang terakhir (byk lagi sebenarnya..)
10.  yang pakai alatan kosmetik Dunhill, Hugo, DKNY, Garnier, Giorgio Armani, Maybelline, Ralph Lauren, Gucci, SKII,Revlon etc..tukar ja p jenama lain..Safi Rania kan ado...perfume kan byk jual kat kedai2 Masjid India yang dlm botol2 kecik tu..jimat dan murah..wangi lagi..

Kita sebenarnya banyak pilihan lain..tak plu dan berkumpul2 mcm ni... alasan seperti simbolik bagai ni tak berapa nak sesuai sbb mcm kanak2..cuba tengok kanak2 yang protes sebab abah dia tak mau bli alat mainan dia akan sama ada menangis or worse bogel buka seluar dpn kedai sambil menangis.. at the end sapa malu? Abah dia dan dia sekali yang malu... apa jurujual tu buat? xdo..dia buat bodo jer.. sinomim nya lu fikir la sendiri..

Rabu, 12 Februari 2014

TAN SRI ADENAN SATEM DILANTIK SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK YANG BARU



Sejarah bakal tercipta untuk Bumi Sarawak apabila seluruh rakyatnya bakal menerima seorang Ketua Menteri yang baru pada 1 Mac 2014 apabila Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan yang disandang beliau sejak 1981-2014 berkuatkuasa pada 28 Feb 2014. Dengan ini Sarawak akan mendapat Ketua Menteri yang Ke-5 sejak merdeka daripada pemerintahan Keluarga Brooke. 

Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud
Tempoh menjadi Ketua Menteri Sarawak dari 1981-2014

Jumaat, 10 Januari 2014

PERKATAAN-PERKATAAN YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN OLEH ORANG BUKAN ISLAM DI SELANGOR

Wow..bukan perkataan Allah ja tak boleh dipakai oleh non-muslim di Selangor malah ada 33 lagi perkataan dan menjadikan 34 keseluruhannya...perkataan-perkataan lain termasuklah Nabi, Iman, Firman Allah, Wahyu, Rasul dan INJIL?!!! Once agains..INJIL...

Jadi lepas ni Non-muslim kena cari alternatif untuk menggantikan perkataan-perkataan ini terutama di Selangor sebab perkataan-perkataan ini adalah perkataan wajib semasa Missa Kudus dijalankan... Alternatif lain balik ke Sabah Sarawak lah hahaa...


Sumber Malaysiakini

Rabu, 28 Ogos 2013

BOBO BUAT HAL LAGI..KALI INI LAGI DASYAT!

Dussshhh~!! Wachaaaa!!

Kali ni tak tau nak cakap apa...aku gelak pun tak tau gelak pasal apa..sama ada sebab latar lagu tu yang diadun semula macam adunan roti bahulu dicampur karipap atau sebab gaya si Bobo ni. Korang tengoklah sendiri tapi lepas tengok jangan sumpah seranah dia pula...tak baik.



Bila video ini tersebar di laman sosial ramai yang mencarut dan menyumpah nyumpah dan tak kurang juga yang berprasangka baik. 


Isnin, 19 Ogos 2013

ERA BARU MANCHESTER UNITED 2013/14

THE CHAMP2ONS.


Selepas persaraan Sir Alex Ferguson pada musim 2012/13 selepas memenangi kejuaraan ke-20 Liga Perdana Inggeris melebarkan rekod kejuaraan dari Liverpool (18 kejuaraan EPL) menjadikan Manchester United sebagai kelab Inggeris paling berjaya. Kejayaan ini banyak dilakarkan semasa era Sir Alex Ferguson.



Semasa SAF mengumumkan persaraan beliau, ramai peminat yang terkejut dan sedih dengan keputuasan tersebut dan dengan serta merta SAF mengumumkan David Moyes sebagai peneraju legasi yang beliau tinggalkan. SAF meninggalkan sebuah pasukan Juara kepada David Moyes dan pasti amat berat untuk DM memikul tanggungjawab bagi mengekalkan penguasaan The Red Devil di Liga Perdana dengan cabaran yang begitu hebat dari ManCity dan Chelsea serta Arsenal dan Spurs dan tidak dilupakan Liverpool. Pasukan-pasukan ini menyuarakan keyakinan mereka bahawa The Red Devil bakal hancur dibawah pengurusan baru. Namun harus kita fikirkan semasa pasukan-pasukan ini begitu lantang menyuarakan keyakinan mereka, adakah mereka lupa siapa David Moyes? Pada pandapat saya, David Moyes adalah penjelmaan semula Sir Alex versi muda. Sepanjang rejim Moyes di Everton selama 10 tahun, beliau berjaya mengekalkan Everton sebuah pasukan yang serba serbi sederhana dari segi kewangan dan fasiliti menjadi pencabar di EPL. Malahan kedudukan Everton adalah lebih baik dari Liverpool pada musim lepas walaupun Liverpool memiliki Suarez dan Gerrard.


Rabu, 17 Julai 2013

DULU BELA IKAN DALAM AKUARIUM..KINI BELA....

U want this kind of fish?
Makan takkan kenyang dan hanya boleh di makan mentah selama sejam.
Nampaknya kegiatan pelacuran di Malaysia semakin hebat dan rancak. Pelbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh sidiket pelacuran untuk mendapatkan pelanggan dan menjadikan perniagaan mereka lebih menarik.

Mengikut pengalaman saya sendiri semasa berada di Ibu Kota, saya pernah beberapa kali disapa oleh "agen" pelacuran di kaki lima sekitar Bukit Bintang dengan menanyakan soalan-soalan cepumas seperti "mau amoi?" "mau seks?". Tak kurang juga ada mengedarkan kad2 perniagaan di kawasan sekitar yang berselindungkan massage centre a.k.a sex centre.
Kalau diperhatikan begitu ramai perempuan-perempuan yang duduk sambil edar brosur urut di sepanjang kaki lima Bukit Bintang. Bila tengok-tengok mana premis urut diorang ni..? dan yang tukang edarnya pula...makkkk aaiiii~~ seksi dan mekap tebal seinci dengan bulu mata palsu yang melentik liuk..ada ke tukang urut nak berpakaian begini? Lain la kalau nenek2 dan pakcik2 yang edar dan premis diorang terbuka..yang tu selamat. Kalau amoi-amoi yang offer urut tu, fikir dulu..sesilap urut benda lain. Dan kalau lebih malang kena rompak dan kalau bernasib baik glamer masuk 999. haha~~

Jadi kesimpulannya jangan mudah perperdaya dengan godaan dunia yang akan menyebabkan anda merana di kemudian hari. Sedap hanya sejam..kena penyakit sensara seumur hidup..fikir-fikirkan la...


Rabu, 27 Mac 2013

SADIS & KEJAM : ORANG UTAN DIBAKAR HIDUP-HIDUP

MANUSIA JENIS APA PERANGAI MACAM NIE??!!

Menurut sumber OrangUtan ini dibakar hidup-hidup sehingga mati kerana kesalahan yang tidak seberapa berat bagi seekor makhluk Tuhan yang bernama binantang iaitu mengambil buah-buahan milik orang kampung akibat terlalu kelaparan.

Cuba kita bayangkan dan fikirkan adakah apakah kesalahannya begitu besar sehingga kita menyiksa dengan membakarnya hidup-hidup? Apakah ini penyiksaan dan hukuman yang harus ia terima dek kerana ingin mengisi perut yang kosong? Walaupun ia adalah seekor binantang namun kita selaku manusia tidak wajar memperlakukan ia sedemikian rupa. Cuba kita fikir-fikirkan kenapa saban hari semakin banyak kita dengar kes binatang liar mula "menceroboh" kawasan ladang dan kebun manusia? Secara rasionalnya siapa yang menceroboh kawasan siapa? Oleh kerana kerakusan manusia itu sendiri yang menjadi punca berlakunya kes "pencerobohan" ini. Kita dengan rakusnya menebang pokok, meneroka hutan, pembakaran, pembinaan dan pembalakan yang mengakibatkan "tuan tanah (haiwan)" lari bertempiran menyelamatkan diri kerana sesungguhnya mereka tidak berupaya mempertahankan hak kehidupan mereka.

Kesan daripada itu, haiwan-haiwan ini mula mendekati kawasan penempatan manusia dan akhirnya berlakulah pencerobohan demi sebuah kehidupan. Bumi ini telah dianugerahkan dengan pelbagai kehidupan yang mana kita saling bergantung antara satu sama lain. Sewajarnya kita harus berkongsi kehidupan dengan mahkluk Tuhan yang lain. Berlainan pula tindakan kita jika ia mengancam kehidupan kita sepeti menyerang dan membuat kacau.

Suka saya merujuk kepada sebuah cerita kartun  iaitu Over The Hedge yang suatu masa dahulu pernah ditayangkan di pawagam. Cerita ia mengisahkan pembangunan dan permodenan manusia memberi impak negatif pada hidupan liar di luar sana sehingga mengakibatkan sumber makanan mereka berkurang.

Jika anda ternampak binatang menceroboh kawasan anda sila ambil tindakan dengan melapor kepada Jabatan Perhilitan atau pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dan bukannya sesuka hati mengambil tindakan sedemikan rupa lebih-lebih lagi binatang yang terancam seperti OrangUtan.

Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawap kepada pembunuhan OrangUtan ini supaya menjadi iktibar kepada orang ramai.

Sekian;
Anak Mensia.


Khamis, 6 September 2012

REKOD DARI MASTERMIND THE RED DEVILS

Baru-baru ini semasa perlawanan dramatik antara MU vs Soton, Sir Alex Ferguson meraihkan perlawanan ke 1000 beliau sebagai pengurus Manchester United dan ini meletakkan beliau sebagai pengurus paling lama dalam sejarah United. Sepanjang karier beliau sejak 1986 (sebaya aku ni!!)




Sepanjang 27 musim berada di United, bermacam-macam kontroversi yang mencalit orang tua ni. Antara yang paling pemes adalah bergaduh dengan laki Posh Spice sambil berbaling kasut. SAF memang terkenal dengan keceluparan dan kelantangan beliau. Beliau juga berjaya membuatkan para Superstar United tunduk kepada ketokohan beliau. Konsep beliau yang "Lu tarak mau dengar cakap gua Lu get loose" ternyata berkesan dan telah menyebabkan United kehilangan beberapa nama besar dari Theater of Dream seperti David Beckham, Ruud Van Nistelrooy, Gabriel Heinze,  Jaap Stam, Dwight Yorke dan Paul Ince (ada lagi nama lain tapi tak ingat..biar lerr). Tapi sekejap jer SAF cari ganti.


Isnin, 6 Ogos 2012

KOSMO ONLINE EPIC FAIL

Inikah sikap segelintir editor suratkhabar tempatan yang langsung tiada nilai sensitiviti dalam penulisan. Gambar dibawah adalah printscreen daripada Kosmo Online hari ini 6 Ogos 2012. Rasa-rasanya headline itu amat tidak wajar dan bunyinya seperti memperlekehkan usaha Datuk Lee Chong Wei. Adakah mereka merasakan pengorbanan DLCW adalah berlandaskan habuan ini semata-mata? Kalau benar sekalipun itu tidak salah namun jelas sekali selepas perlawanan semalam beliau terus menerus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Jika benar Datuk hanya berharap pada ganjaran tersebut pasti beliau tidak akan meminta maaf kepada Malaysia sambil diiringi air mata. Kepada akhbar tempatan silalah bersikap sensitif terhadap sesuatu isu.



Namun pendekatan berbeza diambil oleh Utusan Malaysia apabila tajuknya lebih sedap walaupun adakalanya berita-berita yang disampaikan agak meloyakan tapi pada kali ini pendekatan adalah berbeza dan lebih baik


DATUK LEE CHONG WEI...TAHNIAH ANDA TETAP HERO MALAYSIA

Walaupun keputusan perlawanan akhir Badminton Sukan Olimpik London 2012 berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Lin Dan dan rata-rata rakyat Malaysia hampa tak dapat merasa aiskrim Baskin Robbins percuma namun Datuk Lee tetap mendapat sanjungan dan penghormatan yang amat tinggi daripada seluruh rakyat Malaysia. Semasa upacara penyampai hadiah Datuk Lee Chong Wei masih tidak dapat mengawal emosi dan ternyata beliau sungguh kecewa kerana ini adalah kali kedua beliau tunduk di hadapan Lin Dan pada temasya yang sama 4 tahun yang lalu di Beijing.

Apa-apa pun Datuk, anda tetap juara dihati rakyat Malaysia. Ramai rakyat Malaysia terharu dengan sikap rendah diri Datuk. Teruskan usaha Datuk dan kami sentiasa berada di belakang untuk menyokong setiap perjuangan Datuk saat membawa cabaran Jalur Gemilang.

Pingat Perak dan merupakan pingat pertama negara untuk temasya kali ini.

Rabu, 25 Julai 2012

MRs SIAPAKAH INI?

Siapakah wanita ini dan siapa pasangan dia ni? Pasangan dia ini antara orang terkaya di dunia..lucky her...

Rabu, 4 Julai 2012

BUAYA PUN MATI KENA PENAMPAR NI KAN PULA KALAU MANUSIA

Alikisah ini berlaku di sebuah daerah kecil di Saratok, Sarawak. Buaya Bujang Sebelak ini disyaki telah membunuh 3 orang dan yang terbaru seorang wanita iaitu isteri kepada Tuai Rumah (gelaran Ketua Kampung untuk rumah panjang di Sarawak). Akibat terlalu marah, Tuai Rumah tersebut telah mengupah seorang pawang @ bomoh @ beliau (dalam bahasa Iban) yang mahir dalam soal memburu buaya. Dikatakan upah bomoh ini mencecah RM3000.00. Dalam misi selama 14 hari tersebut 3 ekor buaya berjaya ditangkap dan 2 daripadanya adalah orang kanan kepada Bujang Sebelak ini. Sekor betina dan sekor jantan. Menurut bomoh tu, hanya buaya yang puni (bahasa Iban untuk kempunan) yang telah dibaca mantera oleh bomoh imi sahaja yang akan memakan umpan yang telah dipasang yakni anjing putih (kesian anjing tu kan?). Di awal misi hanya 2 ekor orang kanan ini sahaja yang berjaya ditangkap namun Tuai Rumah masih tidak berpuas hati dan misi ini berterusan selama 14 hari.



Pemburuan ini telah mendapat kebenaran daripada pihak berwajib atas alasan sang bedal ini serang membuat kacau dan mengakibat kerugian kepada para penduduk rumah panjang di sepanjang Sungai Nyiar. Penduduk sering mengadu hasil ternakan mereka termasuk babi, ayam dan itik diserang buaya dan mengakibat mereka mengalami kerugian yang mencecah ribuan ringgit (3 ekor ni la tu yang sering buat kacau). 

Hebat bomoh ni..dia sekali tampar ja terus buaya tu mampus. Kalau dia tampar manusia apa agak-agaknya akan terjadi? Sesilap terkehel leher. Sebenarnya buaya tu mati bukan kerana tamparan bomoh tu kuat tapi sebab bomoh ini memiliki ilmu yang membolehkan buaya itu mati apabila kena tampar.

Apa-apapun diharap tiada lagi kejadian bunuh membunuh dan dendam kesumat antara manusia dan buaya ini. 

p/s: Sarawak memang terkenal dengan buaya yang legendary seperti Bujang Senang. Bukan takat di sungai, di padang bola pun ada Bujang Senang..jeng..jeng..jeng..



Sumber Gambar : Aliff Cullen
Sumber Berita : Pembacaan dari pelbagai media cetak dan elektronik hihihii..

Isnin, 2 Julai 2012

IKAN KELISA VS IKAN TOMAN

Topik hari ini adalah tentang Ikan Kelisa vs Ikan Toman.

Apa yang menarik tentang 2 ekor ikan ni? Sapa-sapa tak tau mari layan gambar kat bawah (gambar tu Anak  Mensia pinjam kat Google)

Ikan Kelisa


Ikan Toman


2 ekor ikan ini boleh saya samakan dengan WANITA. Kedua-dua ekor ikan ini adalah spesis pemangsa yang hebat namun kedua-dua nya mempunyai nilai yang berbeza pada Sang Pemancing. Dalam permainan duniawi, Lelaki diakui adalah Sang Pemancing tersebut. Ada yang hebat dan juga yang biasa-biasa saja. Ada yang memancing di laut ada di sungai dan ada juga di kedai.

Tidak semua manusia di dunia ini dilahirkan sempurna namun setiap kelemahan ini pasti ada pelengkapnya. kecantikan fizikal adalah sangat subjektif dan berbeza penilaiannya untuk setiap individu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...