Cari Blog Ini

Isnin, 25 November 2013

CARA MAKAN SOTONG KURITA YANG KEJAM

Fresh!! Japanese memang terkenal dengan keunikan cara hidup mereka.

Kejam?? Ya memang nampak kejam cara mereka memasak sotong kurita ini yang dibakar hidup-hidup namun inilah nilai dan cara mereka untuk menikmati makanan.


Jumaat, 25 Oktober 2013

VIDEO PARANORMAL HARI INI : GUSI DAN GIGI


Jumaat, 20 September 2013

RUPA PARAS SECARA PURATA WANITA-WANITA DI DUNIA BERDASARKAN NEGARA.

Wahh~!! Kreatif!

Korang rasa mana satu yang cantik...aku rasa Isreal, Spain antara yang cantik...masing-masing punya taste katakan...


Sumber 9gag

Rabu, 18 September 2013

DUNIA MINIATUR PALING EPIC DIBANGUNKAN DI HAMBURG, JERMAN

Aku adalah seorang yang sangat minat pada miniatur tapi malangnya tiada bakat dan kesungguhan dalam imaginasi berkarya. Keunikan pada miniatur adalah kita melihat dunia ini dalam skala yang lebih kecil seterusnya menjadikan kita seperti gergasi.

Pada masa kini, sebuah dunia dalam bentuk miniatur telah dibangunkan di utara Jerman iaitu di Hamburg dan dikenali sebagai Miniatur Wunderland.

Suatu masa nanti kalau dimurahkan rezeki aku nak melawat muzium ini...seriously epic!!




Selasa, 10 September 2013

KEGIGIHAN SEORANG GURU DI INDIA YANG HEBAT DAN MENGAGUMKAN

Beliau telah berenang sejauh 12KM setiap hari selama 20 tahun semata-mata untuk mendidik anak bangsa. Jauh dilubuk hati kenapa beliau tidak berpindah saja ke tempat yang lebih dekat dengan sekolah? Sebab ini adalah India dan bukan Malaysia.

Besar kemungkinan kemudahan di sana tidak sama seperti yang terdapat di Malaysia. Mendengar cerita guru-guru di Malaysia adakalanya berjalan kaki 2-3KM setiap hari ataupun naik bot pun sudah cukup mengagumi kegigihan mereka inikan pula berenang. Jadi murid-murid, hargai jasa guru-guru anda. Jangan asyik nak mengadu bila cikgu marah atau denda. Ni cikgu baru denda berdiri luar kelas sebab tak siap kerja rumah dah mengadu dengan bapa dan si bapa pula buat laporan polis (teringat satu kejadian dahulu di suratkhabar). Zaman kami bukan setakat berdiri luar kelas, berdiri atas meja sambil letak buku di kepala pun pernah tapi tak berani nak mengadu kat mak ayah takut nanti kena rotan pula di rumah atau denda tak boleh main bola bila petang.

P/s : Mak bapa zaman sekarang terlalu manjakan anak sampai anak besar kepala dan tak hormat orang lain termasuk mak bapa itu sendiri.


Sumber youtube

Rabu, 4 September 2013

POTONG KELAPA : HAWAII VS TRINIDAD

Cool...kalau potong kepala ni kompom sekali slashhhhhhh ja terus GOOooooooo


Ahad, 1 September 2013

FILEM "TANDA PUTERA" YANG TERUS MENJADI FILEM "TANDA TANYA"

Sejak filem ini ditayangkan di pawagam ramai yang buthurt dengan cerita ni. Secara jujur aku belum tengok cerita ni dan besar kemungkinan tak akan tengok sebab mana tempat nak tengok tempat aku ni. Bukan ada pawagam. Tapi dari beberapa sumber di media sosial menggatakan terdapat "kegagalan" yang sangat teruk dari pihak penerbitan filem. Jika benar babak-babak seperti dibawah wujud dalam filem ni ternyata pengarah filem ni tidak membuat kajian dengan mendalam tentang latar belakang / suasana pada zaman 1969. Aku taknak komen banyak sebab tak tengok tapi tak salah nak kongsi pendapat agar pengarah filem lebih peka tentang latar belakang sesuatu zaman. 


Aku taknak komen pasal jalan cerita filem ni sebab tak layak nak komen sebab tak tengok lagi. Sekadar nak kongsi babak je...

So kepada yang dah tengok cerita ni mungkin boleh sahkan kesahihan gambar-gambar ni kot...

Sumber Gambar disini

Rabu, 28 Ogos 2013

BOBO BUAT HAL LAGI..KALI INI LAGI DASYAT!

Dussshhh~!! Wachaaaa!!

Kali ni tak tau nak cakap apa...aku gelak pun tak tau gelak pasal apa..sama ada sebab latar lagu tu yang diadun semula macam adunan roti bahulu dicampur karipap atau sebab gaya si Bobo ni. Korang tengoklah sendiri tapi lepas tengok jangan sumpah seranah dia pula...tak baik.



Bila video ini tersebar di laman sosial ramai yang mencarut dan menyumpah nyumpah dan tak kurang juga yang berprasangka baik. 


Selasa, 27 Ogos 2013

THE LIVING OPTIMUS PRIME.

Optimus Prime merupakan watak utama dalam franchise Transformer. Tapi yang menarik tentang optimus prime ni adalah suara dia. Korang perasaan ke tak suara optimus ni dari dulu hingga sekarang sama saja tak kira dalam kartun atau movie termasuk video game?

Optimus Prime era 1980-an
YES! Sebenarnya suara optimus ni adalah milik seorang individu yang sama sejak dari era 1980an hingga filem Dark Of The Moon.

Optimus Prime Versi Filem

Isnin, 19 Ogos 2013

ERA BARU MANCHESTER UNITED 2013/14

THE CHAMP2ONS.


Selepas persaraan Sir Alex Ferguson pada musim 2012/13 selepas memenangi kejuaraan ke-20 Liga Perdana Inggeris melebarkan rekod kejuaraan dari Liverpool (18 kejuaraan EPL) menjadikan Manchester United sebagai kelab Inggeris paling berjaya. Kejayaan ini banyak dilakarkan semasa era Sir Alex Ferguson.



Semasa SAF mengumumkan persaraan beliau, ramai peminat yang terkejut dan sedih dengan keputuasan tersebut dan dengan serta merta SAF mengumumkan David Moyes sebagai peneraju legasi yang beliau tinggalkan. SAF meninggalkan sebuah pasukan Juara kepada David Moyes dan pasti amat berat untuk DM memikul tanggungjawab bagi mengekalkan penguasaan The Red Devil di Liga Perdana dengan cabaran yang begitu hebat dari ManCity dan Chelsea serta Arsenal dan Spurs dan tidak dilupakan Liverpool. Pasukan-pasukan ini menyuarakan keyakinan mereka bahawa The Red Devil bakal hancur dibawah pengurusan baru. Namun harus kita fikirkan semasa pasukan-pasukan ini begitu lantang menyuarakan keyakinan mereka, adakah mereka lupa siapa David Moyes? Pada pandapat saya, David Moyes adalah penjelmaan semula Sir Alex versi muda. Sepanjang rejim Moyes di Everton selama 10 tahun, beliau berjaya mengekalkan Everton sebuah pasukan yang serba serbi sederhana dari segi kewangan dan fasiliti menjadi pencabar di EPL. Malahan kedudukan Everton adalah lebih baik dari Liverpool pada musim lepas walaupun Liverpool memiliki Suarez dan Gerrard.


GURU BAHASA INKGERISS YANG LAWAK DARI INDIA.



Rabu, 14 Ogos 2013

CARA PORNSTAR JEPUN BUAT KEBAJIKAN

Another crazy ideas by Japaneses! Rakyat Jepun memang terkenal dengan idea-idea yang diluar tengkorak pemikiran manusia terutama hal hal eroticsm. Menyedari keeroticsm rakyatnya yang tinggi bintang-bintang porn ni memang bijak mengambil peluang.

Sabtu, 20 Julai 2013

SAIZ THE ROCK (DWAYNE JOHNSON) DI DUNIA NYATA...

Memang kita sedia maklum saiz The Rock yang sememangnya besar. Tapi hakikatnya.....

Rabu, 17 Julai 2013

DULU BELA IKAN DALAM AKUARIUM..KINI BELA....

U want this kind of fish?
Makan takkan kenyang dan hanya boleh di makan mentah selama sejam.
Nampaknya kegiatan pelacuran di Malaysia semakin hebat dan rancak. Pelbagai cara dan kaedah yang digunakan oleh sidiket pelacuran untuk mendapatkan pelanggan dan menjadikan perniagaan mereka lebih menarik.

Mengikut pengalaman saya sendiri semasa berada di Ibu Kota, saya pernah beberapa kali disapa oleh "agen" pelacuran di kaki lima sekitar Bukit Bintang dengan menanyakan soalan-soalan cepumas seperti "mau amoi?" "mau seks?". Tak kurang juga ada mengedarkan kad2 perniagaan di kawasan sekitar yang berselindungkan massage centre a.k.a sex centre.
Kalau diperhatikan begitu ramai perempuan-perempuan yang duduk sambil edar brosur urut di sepanjang kaki lima Bukit Bintang. Bila tengok-tengok mana premis urut diorang ni..? dan yang tukang edarnya pula...makkkk aaiiii~~ seksi dan mekap tebal seinci dengan bulu mata palsu yang melentik liuk..ada ke tukang urut nak berpakaian begini? Lain la kalau nenek2 dan pakcik2 yang edar dan premis diorang terbuka..yang tu selamat. Kalau amoi-amoi yang offer urut tu, fikir dulu..sesilap urut benda lain. Dan kalau lebih malang kena rompak dan kalau bernasib baik glamer masuk 999. haha~~

Jadi kesimpulannya jangan mudah perperdaya dengan godaan dunia yang akan menyebabkan anda merana di kemudian hari. Sedap hanya sejam..kena penyakit sensara seumur hidup..fikir-fikirkan la...


Khamis, 11 Julai 2013

VIDEO : MARI CUCI RAMBUT DI THAILAND


OMG!Pasti pelanggan tetap adalah lelaki.


p/s : Rasa curious adalah diorang ni betul-betul wanita atau wanita jadian? Almaklum Thailand ni wanita jadian banyak dan lebih hot dari wanita tulen sampaikan nak bezakan pun susah. Apa-apa pun sapa yang terkena wanita jadian ni nasib lerr~~ haha...


Selasa, 9 Julai 2013

VIDEO 'BAJET SWEET' HARI INI.

Aloolooo....sweet sangat~~ buchuk-buchuk muaaahhh~~!! (mata keatas tangan di dada)

Seminggu erk?? Ingatkan 10 tahun ke..20 tahun ke? Seminggu memanglah excited..cuba sebulan, 3 bulan..setahun...bila tengok balik video ni kompom nak muntah hahaha...tak pa..kita doakan semoga diorang bahagia..jangan kutuk-kutuk orang yang baru bercinta ni..kesian diorang tengah hangat berkasih-kasih korang pula kutuk..(mata keatas tangan di dada)


VIDEO KESEDARAN HARI INI

Kejayaan ada di mana-mana! Yang penting USAHA~!

Ahad, 7 Julai 2013

Rabu, 15 Mei 2013

BILA ASKAR WANITA (BUKAN MALAYSIA) BALING BOM TANGAN..KUSSS SEMENGAT!!

Apa akan jadi kalau wanita yang paling bom? Rasanya ini bukan askar yang betul-betul askar ni...mungkin askar sukarela yang baru nak cuba-cuba ilmu ketenteraan. Apa-apapun tabik pada ketua dia~!! Lady First..

p/s: patutnya suh dia cuba baling batu dulu baru bom. Teringat peristiwa dulu-dulu kawan-kawan wanita nangis sebab terkejut dengar bunyi tembakan M16 di padang sasar.


Sumber Baik Punyer

KENALI THEO WALCOTT - PERTAHANAN ARSENAL YANG BARU DIBELI OLEH ARSENE WENGER

Arsenal Fan...sila berikan penjelasan...aku bukanlah fan Arsenal tapi aku kenal juga starting XI Arsenal...sama ada aku silap atau akhbar ini tersilap. Bila semak pada web Arsenal FC Walcott ini memang penyerang sejak bersama skuad England di WC 2006 sampai sekarang. 

Rasanya ini bukan kali pertama aku detect typo and error pada akhbar ini sehingga suatu masa dulu aku pernah boikot akhbar ini sebab terlalu banyak kesilapan. Rasanya editor kena lebih peka pada isi dan maklumat yang hendak disampaikan kepada masyarakat. Memang diakui kita manusia tak lepas dari sebarang kesilapan tapi cuba yang terbaik untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan kecil seperti ini sebab kesilapan-kesilapan begini boleh mencetuskan kekeliruan pada para pembaca. Pernah dulu akhbar yang sama tersilap menulis nama Perdana Menteri Malaysia. Bagi rakyat Malaysia mungkin kami tidak terkejut atau keliru siapa PM kami tapi bagi warga asing yang baca pula macam mana? 


Isnin, 13 Mei 2013

BILA SPECIAL CAR UNIT POLICE DUBAI DI JALAN RAYA

Makkk oiii...kalau kat Malaysia mau nya terkucit mat mat rempit atau pelumba haram tegar...Tapi kalau tengok keadaan di Dubai yang ramai pak arab kaya raya dengan kereta besar jadi memang unit ni diperlukan untuk saat-saat hot persuit dan undergroud...PDRM cukup kita memiliki Evo 10 dan Kawasaki Ninja 250R...


Sabtu, 11 Mei 2013

CUTE : BILA ANJING MENARI SALSA...

Waaa....aku pun tak reti nak nari Salsa...anjing jenis Golden Retriever ni memang hebat la....agak-agak klu masuk So You Think U Can Dance layak tak?




Sumber Jacky Wu

SHARIFAH SAKINAH BUAT HAL LAGI...KALI INI LEBIH B********G

Psychosis?

Betul ke dia ni adik Sharifah Shahira & Sharifah Haslinda? Apa masalah minah ni? Adakah dia seorang yang attention seekers? Mungkin dia ni nak meraih populariti dengan melakukan perkara pelik-pelik di media sosial. Kan sekarang ramai yang popular melalui Youtube dan media sosial yang lain. Terbaru apabila Bobo yang kini telah menjadi artis dibawah naungan Metrowealth gara-gara video Sayang yang menjadi kegilaan di laman Youtube. Seandainya ini yang bermain di fikiran minah ni, aku rasa dia dah tersilap langkah dengan menunjukkan video-video dia yang menampakkan dirinya tak berapa "lurus" dan mungkin boleh menjatuhkan maruah dirinya. Rasanya ada cara lain yang lebih sesuai daripada post video yang mengarut marut.

Anyway gooluck...kalau dia ada disorder tolong maafkan dia...(orang Malaysia ni suka kutuk-kutuk orang macam diri tu perfect)

SHARIFAH SAKINAH...AWEK MUKA LAWA TAPI...

Defug??

"Hai Saya Siti Nurhaliza, selamat membeli belah di Jasco...hai....teruskan...."

Suara best...muka lawa tapi....

Khamis, 9 Mei 2013

TRIBUTE TO KING OF MANCHESTER UNITED SIR ALEX FERGUSON

#RESPECT!



RED IS THE MAN
BY THE WORLD RED ARMY 
FEATURING FABRIAN GORONCY
Written by Will Robinson, Daniel Ryan and Gareth Ridings

Sir Alex Ferguson, A Knighted Champion
So Many Years the boss and we adore him
Simply The Best, United through and through
Forever we will be his Red Army
Born in govan on the night of new years eve
Came a boy with dreams to be a champion
And the rest Is history, now he’s left a legacy
And he will be remembered forever
Sir Alex Ferguson, A Knighted Champion
So Many Years the boss and we adore him
Simply The Best, United through and through
Forever we will be his Red Army
Like the greats from before and others we adore
Fergie keeps the Manchester tradition
We play all out in attack, and we solid at the back
and thats what make the club united
Sir Alex Ferguson, A Knighted Champion
So Many Years the boss and we adore him
Simply The Best, United through and through
Forever we will be his Red Army
Sir Alex Ferguson, A Knighted Champion
So Many Years the boss and we adore him
Simply The Best, United through and through
Forever we will be his Red Army
Forever we will be his Red Army


Khamis, 25 April 2013

VIDEO YANG BUAT ARTIS YOUTUBE TEMPATAN KECUT PERUT.


Ini adalah VOKAL!

Tak macam sesetengah artis Youtube tempatan yang rata-rata vokal dan cara nyanyian tak seberapa serta bunyi macam mengilai-gilai harum sundal malam. Ini baru la real talent! Kalau kat Malaysia agak-agak laku tak talent hebat macam ini? 

Saya ni taklah reti pasal kritik-kritik vokal tapi rasanya telinga ini masih pandai nak nilai mana suara yang sedap didengar atau tidak. Teringat peristiwa masa malam sebelum Esther Day bila saya menghadiri Mass di gereja, dalam suasana yang sayup-sayup dibawah pancaran sinaran lilin dalam tak sedar tertiba saya menangis bila mendengar Mazmur (Psalms ) yang dinyanyikan oleh seorang anak gadis yang saya kira dalam belasan tahun. Mungkin kerana cara penyampaian dan alunan suara yang betul-betul menusuk ke dalam jiwa sedikit mengoyahkan emosi saya sebagai seorang lelaki.

Kalau macam sesetengah artis youtube kita, baru sebaris ayat dia nyanyi pun saya rasa nak menangis...memang hebat...tapi bukan menangis sebab apa tapi sedih sangat macam mana para komposer/pencungkil bakat di negara kita ini memilih artis...lepas tu siap masuk AJL lagi...aduhhh...sedih dengan industri seni kita ini.

Apa-apa pun layan je nyanyian duo dari Philippine (bukan geng Kiram Kenyit Mata ni rasanya) dengan lagu "Dance With My Father" nyanyian asal Luther Vandross.



Rabu, 24 April 2013

LAGU ANAK KAMPUNG VERSI PRU-13 YANG SERIUS....

Kreatif seeehhh yang buat lirik ini..."Ini Kalilah" orang Sabah bilang...




Janji Dicapati

Sabtu, 20 April 2013

Isnin, 8 April 2013

INTERVIEW DENGAN "PENYANYI SEBENAR - SAYANG"

Ahaha...layan...tak la mamat ni pondan sangat aku tengok..biasa-biasa ja..lelaki lembut (tak la sampai tahap bapok ke pondan ke) je..tapi video Bobo (nama dia) ni memang epic sampai Johan Raja Lawak pun ikut semasa ABPBH 2013


Sumber KaioStudio


Versi Johan Raja Lawak


Sumber mzkamal


Rabu, 27 Mac 2013

SADIS & KEJAM : ORANG UTAN DIBAKAR HIDUP-HIDUP

MANUSIA JENIS APA PERANGAI MACAM NIE??!!

Menurut sumber OrangUtan ini dibakar hidup-hidup sehingga mati kerana kesalahan yang tidak seberapa berat bagi seekor makhluk Tuhan yang bernama binantang iaitu mengambil buah-buahan milik orang kampung akibat terlalu kelaparan.

Cuba kita bayangkan dan fikirkan adakah apakah kesalahannya begitu besar sehingga kita menyiksa dengan membakarnya hidup-hidup? Apakah ini penyiksaan dan hukuman yang harus ia terima dek kerana ingin mengisi perut yang kosong? Walaupun ia adalah seekor binantang namun kita selaku manusia tidak wajar memperlakukan ia sedemikian rupa. Cuba kita fikir-fikirkan kenapa saban hari semakin banyak kita dengar kes binatang liar mula "menceroboh" kawasan ladang dan kebun manusia? Secara rasionalnya siapa yang menceroboh kawasan siapa? Oleh kerana kerakusan manusia itu sendiri yang menjadi punca berlakunya kes "pencerobohan" ini. Kita dengan rakusnya menebang pokok, meneroka hutan, pembakaran, pembinaan dan pembalakan yang mengakibatkan "tuan tanah (haiwan)" lari bertempiran menyelamatkan diri kerana sesungguhnya mereka tidak berupaya mempertahankan hak kehidupan mereka.

Kesan daripada itu, haiwan-haiwan ini mula mendekati kawasan penempatan manusia dan akhirnya berlakulah pencerobohan demi sebuah kehidupan. Bumi ini telah dianugerahkan dengan pelbagai kehidupan yang mana kita saling bergantung antara satu sama lain. Sewajarnya kita harus berkongsi kehidupan dengan mahkluk Tuhan yang lain. Berlainan pula tindakan kita jika ia mengancam kehidupan kita sepeti menyerang dan membuat kacau.

Suka saya merujuk kepada sebuah cerita kartun  iaitu Over The Hedge yang suatu masa dahulu pernah ditayangkan di pawagam. Cerita ia mengisahkan pembangunan dan permodenan manusia memberi impak negatif pada hidupan liar di luar sana sehingga mengakibatkan sumber makanan mereka berkurang.

Jika anda ternampak binatang menceroboh kawasan anda sila ambil tindakan dengan melapor kepada Jabatan Perhilitan atau pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dan bukannya sesuka hati mengambil tindakan sedemikan rupa lebih-lebih lagi binatang yang terancam seperti OrangUtan.

Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawap kepada pembunuhan OrangUtan ini supaya menjadi iktibar kepada orang ramai.

Sekian;
Anak Mensia.


Selasa, 26 Mac 2013

PERARAKAN KERETA MEWAH SEMASA PERKAHWINAN DATO' LEE CHONG WEI

Ini adalah perarakan kereta-kereta mewah semasa perkahwinan Dato' Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo. SWAG!!

Kalau dah kaya tu memang hyper kaya. Siapa cakap ahli sukan tidak boleh jadi kaya raya di Malaysia? Gaji Shafiq Rahim bersama Harimau Selatan (Darul Takzim FC) pun dengar-dengarnya sekitar RM50K sebulan. Untung jadi orang kaya. Kaya datang dari usaha yang hebat dan tak mudah berputus asa.




Sumber : carscoops.com

Isnin, 18 Mac 2013

INFO SIHAT : KHASIAT TEH HALIA KUNYIT


Semalam tengok Backyard Medicine di Saluran LI rupa-rupanya best juga rancangan dia ni. Dalam rancangan tu dia ajar bagaimana herba-herba yang tumbuh di sekeliling kita sebenarnya amat berguna jika dimanfaatkan dengan sebaik-sebaiknya. Salah satu yang dia ajar adalah bagaimana para pesakit Rheumatoid Arthritis (RA) dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada sendi.

Bahan Utama adalah KUNYIT (lebih info rujuk sini) !!


Cara penyediaan:

1. Buangkan kulit kunyit dan halia.
2. Masukkan kunyit dan halia ke dalam lesung (mesin pengisar pun boleh) dan lada hitam. Kisar hingga halus.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk dan campurkan dengan susu segar, teh dan gula melaka. Panaskan dengan api yang sederhana dan gaulkan sehingga sebati selama lebih kurang 5-7 minit.
4. Tapiskan campuran tadi.
5. Teh Halia Kunyit sedia untuk dihidang! (bagi nak suka teh tarik boleh la tarik teh halia kunyit ini)

AWAS! Rasanya mungkin tidak sesedap teh halia biasa sebab ada rasa kunyit.

* Ini adalah persediaan secara traditional bagi mengurangkan kesakitan dan bengkak pada sendi pesakit RA.

Selamat mencuba.

Anak Mensia


Jumaat, 15 Mac 2013

CARA CUCI BUAH PINGGANG YANG SWAG!!





Petua Mencuci Buah Pinggang Dengan Kos Kurang Dari RM2

Bertahun2 buah pinggang kita ditugaskan untuk menapis darah kita untuk mengeluarkan garam, racun2 dan bahan2 lain yang tidak diingini yang telah memasuki badan kita melalui pemakanan, minuman dll

Dengan peredaran masa itu, kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu di keluarkan . Disini lah buah pinggang akan menjalankan fungsinya sebagai mesin rawatan pembersihan ini. 


Tapi tahukah anda, ada satu cara yang boleh di amalkan untuk mengeluarkan bahan2 garam serta bahan2 racun lain dari dalam badan kita dengan kos RM 1.00 atau kurang.

4 ORANG TERKAYA DI MALAYSIA DENGAN SYARIKAT-SYARIKAT MILIK DIORANG

Wow!!

Untuk jadi kaya bukan senang tapi memerlukan azam yang tinggi dan kecekalan yang jitu dan padu. Kita sering merungut dan mengeluh jika diminta untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang mungkin konon diluar bidang pengetahuan kita. Budak-budak lepasan U memang popular dengan demand dan ego memasing kalau bab pilih kerja. "Tak sesuailah" "Gaji Kecik" "I budak lepasan U okay..sorry la nak kerja standard budak lepasan form 5" "Penat-penat I belajar Biotech ko suh I kerja jual tiket wayang je?" Disebabkan fenomena begini ramai graduan kita tanam anggur di rumah dan kerja RTM (Rehat Tidor Makan). Memang hak untuk kita memilih tapi tengok keadaan semasa. Apa-apa kerja yang ada depan mata biar gaji kecil kita sambar je dulu. Nanti pandai la rezeki tu datang ye tak? Niaga Herbalife kecil-kecilan pun ok apa...dapat untung 4-500 sebulan ok la dari langsung tak dapat apa-apa. Ada yang dapat berpuluh ribu sebulan. 

Berbalik pada kisah orang-orang kaya di Malaysia ini kalau kita teliti syarikat mereka ini rasanya mereka mereka melabur dalam pelbagai bidang. Kunci kejayaan adalah kerajinan dan azam.




SPIDERMAN DI DUNIA SEBENAR

Adooii...real action by real spiderman...no CGI involved ahaha...you can get a lot of funny and real action from Youtube Channel by GingerNinjaTrickster. Enjoy...


Rabu, 13 Mac 2013

BABAK GUSTI YANG TIDAK DITAYANGKAN DI TV

Kalau gaduh kat sekolah ni mesti champion ni...kecil-kecil dah ada bakat..


Sumber sabahan.fm

PARODY POLITIK MALAYSIA

Baru perasan balik-balik je post video dalam blog ni..why?? Ikut suka la nak post apa haha...mean kebelakangan ini wa balik-balik tengok video la haha...

Video kali ini pula pasal politik Malaysia. Serius memang kreatif orang yang buat video ni. Sama macam video adiwira Mr. Mansuh (Parody Anwar Ibrahim). Memandangkan dah nak dekat dengan PRU13 ni memacam pihak akan memulakan perang psikologi dengan menghantam pihak lawan dengan pelbagai kaedah. Apa-apa pun kita layan dulu video ni haha...


Sumber ShilleNide

WOW...SILAKAK INI CEWEK..SEXY TAPI...

Buka mata pasang telinga...wow!! Kalau anda laki tulen kompom korang tak kelip-kelip tengok ni hinggalah...hinggalah....tengok sendiri la hohooo

Selasa, 12 Mac 2013

LOL..LAGU BENCI TAPI RINDU DIANA NASUTION DIBERI NAFAS BARU

Agains??? Defuq!!

Aritu ada shared pasal penyanyi lagu SAYANG yang dipopularkan oleh Shae. Hari ini versi Benci Tapi Rindu pula oleh orang yang berlainan tapi spesis sama. Memamg feeling abis eh..siap bawa bawa parang nak potong haha....



Sumber irene.minnxi

PENYANYI "SEBENAR" LAGU SAYANG

Defuq??!

My eyes oh my eyes....mesti tonton sampai abis terutama part chorus...bukan insan biasa yang dapat buat macam ni...ini adalah bakat dan anugerah hahaha...


sumber video : melvisterdotcom

Isnin, 11 Mac 2013

JUSTICE LEAGUE : THE RISE OF MR. MANSUH

Filem animasi superhero keluaran penerbit tempatan. Must Watch!



Sumber Mr. Mansuh

Sabtu, 9 Mac 2013

SOS TIRAM MATA KENYIT

Anyone? Kailan masak SoS Tiram Kenyit?



p/s: Sos boleh jadi Sultan of Sulu or Saitan of Sulu


PERKATAAN YANG AKAN DIMASUKKAN KE DALAM KAMUS DEWAN BAHASA EDISI 2013


AYAT-AYAT POWER MENTERI KERJA RAYA


Menteri Kerja Raya Malaysia zaman Tun Mahathir ini memang terkenal dengan "lawak jenaka" ketika beliau berucap. Antara ayat-ayat kelakar semasa beliau sebagai menteri yang mungkin kita akan ingat sampai entah bila :



1. Sammy Vellu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh SaMmy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

Khamis, 7 Mac 2013

PEJUANG GERIILA YANG BERANI MATI

Sekarang ni tengah hangat pasal pencerobohan geng TIRAM Kiram yang perasan dirinya itu adalah Sultan. Anak Iban rasa memang dia ni sultan tapi sultan kepada segala Tiram yang ada di perairan Sulu. Gambar ini Anak Iban kurang pasti siapa mereka ini (ada kaitan ke tidak dengan ging tiram sos tu) tapi yang pasti inilah pejuang yang pasti digeruni oleh pihak lawan. Sepertinya ada ilmu tahap super saiyan. Sentiasa menegak berdiri walau musuh menyerang.


Selasa, 19 Februari 2013

PENYANYI PERTAMA MALAYSIA BERSTATUS DATIN SRI

Serius?!!

Beberapa bulan lepas, aku sempat berkunjung ke sebuah pusat karaoke untuk temankan kekewan yang datang dari luar daerah. Almaklumlah, tempat aku ni kalau malam-malam memang bosan so hanya karaoke je buka. So tengah-tengah nak cari lagu tu tertiba terjumpa satu nama yang memang tidak asing dalam negara. Beliau memang fames abis. Nak dijadikan cerita, rasanya hanya diva seorang ni je penyanyi yang ada kat Malaysia ni berstatus Datin Sri. Wow! Kelas kan...tapi sehingga hari ini beliau belum mengeluarkan sebarang single atau album. Maybe sibuk dengan kerja-kerja amal sebab beliau ni memang aktif dalam kerja-kerja amal hijrah ni...tak sabar nak tunggu hits terbaru...lols




Rabu, 30 Januari 2013

TYPO TYPO TYPO

Oh..sedangkan media national boleh typo ni kan pula budak-budak nak ambik SPM...editor tidor ke?

GANGNAM STYLE EDISI FLIPBOOK

Rajin gila siapa yang buat benda ni...ntah berapa lama agaknya benda ni nak siap. Salute la..



Ahad, 6 Januari 2013

SIAPA NAMIB KEPADA DS ROSMAH MANSOR?

OMG! Siapa Namib? Adakah suami DS Rosmah Mansor? Lolz...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...