Cari Blog Ini

Rabu, 15 Mei 2013

KENALI THEO WALCOTT - PERTAHANAN ARSENAL YANG BARU DIBELI OLEH ARSENE WENGER

Arsenal Fan...sila berikan penjelasan...aku bukanlah fan Arsenal tapi aku kenal juga starting XI Arsenal...sama ada aku silap atau akhbar ini tersilap. Bila semak pada web Arsenal FC Walcott ini memang penyerang sejak bersama skuad England di WC 2006 sampai sekarang. 

Rasanya ini bukan kali pertama aku detect typo and error pada akhbar ini sehingga suatu masa dulu aku pernah boikot akhbar ini sebab terlalu banyak kesilapan. Rasanya editor kena lebih peka pada isi dan maklumat yang hendak disampaikan kepada masyarakat. Memang diakui kita manusia tak lepas dari sebarang kesilapan tapi cuba yang terbaik untuk memperbaiki kesilapan-kesilapan kecil seperti ini sebab kesilapan-kesilapan begini boleh mencetuskan kekeliruan pada para pembaca. Pernah dulu akhbar yang sama tersilap menulis nama Perdana Menteri Malaysia. Bagi rakyat Malaysia mungkin kami tidak terkejut atau keliru siapa PM kami tapi bagi warga asing yang baca pula macam mana? 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...