Cari Blog Ini

Selasa, 10 September 2013

KEGIGIHAN SEORANG GURU DI INDIA YANG HEBAT DAN MENGAGUMKAN

Beliau telah berenang sejauh 12KM setiap hari selama 20 tahun semata-mata untuk mendidik anak bangsa. Jauh dilubuk hati kenapa beliau tidak berpindah saja ke tempat yang lebih dekat dengan sekolah? Sebab ini adalah India dan bukan Malaysia.

Besar kemungkinan kemudahan di sana tidak sama seperti yang terdapat di Malaysia. Mendengar cerita guru-guru di Malaysia adakalanya berjalan kaki 2-3KM setiap hari ataupun naik bot pun sudah cukup mengagumi kegigihan mereka inikan pula berenang. Jadi murid-murid, hargai jasa guru-guru anda. Jangan asyik nak mengadu bila cikgu marah atau denda. Ni cikgu baru denda berdiri luar kelas sebab tak siap kerja rumah dah mengadu dengan bapa dan si bapa pula buat laporan polis (teringat satu kejadian dahulu di suratkhabar). Zaman kami bukan setakat berdiri luar kelas, berdiri atas meja sambil letak buku di kepala pun pernah tapi tak berani nak mengadu kat mak ayah takut nanti kena rotan pula di rumah atau denda tak boleh main bola bila petang.

P/s : Mak bapa zaman sekarang terlalu manjakan anak sampai anak besar kepala dan tak hormat orang lain termasuk mak bapa itu sendiri.


Sumber youtube

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...