Cari Blog Ini

Rabu, 12 Februari 2014

TAN SRI ADENAN SATEM DILANTIK SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK YANG BARU



Sejarah bakal tercipta untuk Bumi Sarawak apabila seluruh rakyatnya bakal menerima seorang Ketua Menteri yang baru pada 1 Mac 2014 apabila Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan yang disandang beliau sejak 1981-2014 berkuatkuasa pada 28 Feb 2014. Dengan ini Sarawak akan mendapat Ketua Menteri yang Ke-5 sejak merdeka daripada pemerintahan Keluarga Brooke. 

Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud
Tempoh menjadi Ketua Menteri Sarawak dari 1981-2014


Senarai Ketua Menteri Sarawak terdahulu :

1. Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan (1963-1966) < Ketua Negara Sarawak>
2. Dato' Penghulu Tawi Sli (1966-1970)
3. Tun Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Ya'kub (1970-1981)
4. Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud (1981-2014)
5. Tan Sri Adenan Hj. Satem (2014)

Tan Sri Adenan Hj. Satem
Ketua Menteri Sarawak (1 Mac 2014)

Dengan pengumunan yang dilakukan oleh Pehin Sri selepas menghantar surat perletakkan jawatan sebagai KM berkuatkuasa 28 Feb 2014 kepada Tuan Yang Terutama Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada hari ini (12/2/2014) maka terlerailah teka teki siapa yang bakal meneraju kerusi panas yang bakal dilepaskan oleh Tok Uban (nama panggilan Taib Mahmud oleh penduduk tempatan). Sebelum pengumuman ini dibuat, beberapa nama turun disebut-sebut bakal menggantikan Tok Uban selain Adenan Satem dan antaranya adalah Datuk Amar Abang Johari Openg dan Datuk Amat Awang Tengah Ali Hasan. Nama lain yang turut disebut bakal membuat kejutan adalah pemimpin berketuruan Iban yang dilihat berpotensi menerajui Sarawak adalah Timbalan Ketua Menteri iaitu Tan Sri Alfred Jabu Numpang. Ini berdasarkan kesetiaannya bersama Tok Uban selama ini dan majoriti penduduk Sarawak yang berketurunan Iban pasti mengharapkan Jabu akan diangkat menjadi KM bagi mewakili majoriti penduduk bumi Kenyalang ini. 

Namun bagi aku, siapa pun KM bukan menjadi isunya. Isunya disini adalah mampukan Adenan mengekalkan keharmonian dan keistimewaan Sarawak dan mempertahankan hak-hak penduduk Bumiputra Sarawak seperti yang dilakukan oleh Taib bagi melindungi rakyat Sarawak. Bak kata Taib "Sarawak is only for Sarawakian". Jika orang yang tidak memahami maksud tersebut pasti akan tersalah anggap namun apa yang disampaikan oleh Taib adalah lebih menjurus kepada parti politik. Maknanya hanya parti-parti politik tempatan Sarawak yang berhak ke atas Sarawak bukannya parti luar Sarawak. Ini merupakan amaran awal Taib kepada mana-mana parti luar yang berminat mencabuli politik Sarawak.

Tun Abang Mummad Salahuddin

Dengan perletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri maka Taib Mahmud disebut-sebut akan dilantik sebagai TYT Sarawak yang baru bagi menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 28 Februari 2014.

Terima kasih kepada Pehin Sri atas kemajuan yang diberikan kepada Sarawak. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...