Cari Blog Ini

Rabu, 25 Julai 2012

KOLEKSI LOGO KEMERDEKAAN MALAYSIA


Mari melihat koleksi logo Kemerdekaan Malaysia bermula dari sambutan ke-50 (2007) hingga ke-54 (2011).

2007

2008

Rabu, 4 Julai 2012

BUAYA PUN MATI KENA PENAMPAR NI KAN PULA KALAU MANUSIA

Alikisah ini berlaku di sebuah daerah kecil di Saratok, Sarawak. Buaya Bujang Sebelak ini disyaki telah membunuh 3 orang dan yang terbaru seorang wanita iaitu isteri kepada Tuai Rumah (gelaran Ketua Kampung untuk rumah panjang di Sarawak). Akibat terlalu marah, Tuai Rumah tersebut telah mengupah seorang pawang @ bomoh @ beliau (dalam bahasa Iban) yang mahir dalam soal memburu buaya. Dikatakan upah bomoh ini mencecah RM3000.00. Dalam misi selama 14 hari tersebut 3 ekor buaya berjaya ditangkap dan 2 daripadanya adalah orang kanan kepada Bujang Sebelak ini. Sekor betina dan sekor jantan. Menurut bomoh tu, hanya buaya yang puni (bahasa Iban untuk kempunan) yang telah dibaca mantera oleh bomoh imi sahaja yang akan memakan umpan yang telah dipasang yakni anjing putih (kesian anjing tu kan?). Di awal misi hanya 2 ekor orang kanan ini sahaja yang berjaya ditangkap namun Tuai Rumah masih tidak berpuas hati dan misi ini berterusan selama 14 hari.



Pemburuan ini telah mendapat kebenaran daripada pihak berwajib atas alasan sang bedal ini serang membuat kacau dan mengakibat kerugian kepada para penduduk rumah panjang di sepanjang Sungai Nyiar. Penduduk sering mengadu hasil ternakan mereka termasuk babi, ayam dan itik diserang buaya dan mengakibat mereka mengalami kerugian yang mencecah ribuan ringgit (3 ekor ni la tu yang sering buat kacau). 

Hebat bomoh ni..dia sekali tampar ja terus buaya tu mampus. Kalau dia tampar manusia apa agak-agaknya akan terjadi? Sesilap terkehel leher. Sebenarnya buaya tu mati bukan kerana tamparan bomoh tu kuat tapi sebab bomoh ini memiliki ilmu yang membolehkan buaya itu mati apabila kena tampar.

Apa-apapun diharap tiada lagi kejadian bunuh membunuh dan dendam kesumat antara manusia dan buaya ini. 

p/s: Sarawak memang terkenal dengan buaya yang legendary seperti Bujang Senang. Bukan takat di sungai, di padang bola pun ada Bujang Senang..jeng..jeng..jeng..



Sumber Gambar : Aliff Cullen
Sumber Berita : Pembacaan dari pelbagai media cetak dan elektronik hihihii..

SUPER SAIYA MENGAMUK DI KARAMUNSING, KK

Uncle ni dikatakan mengamuk sebab pihak SenQ menipu dia. Kejadian berlaku di SenQ Kompleks Karamunsing, KK. Nak ulas lebih-lebih tak boleh sebab tak tahu cerita sebenar. Tapi kadang-kadang ada baik juga customer mengamuk macam ni supaya company tu pandai beringat jangan asyik kerja nak melariskan jualan sampai sanggup memberikan maklumat palsu kepada pelanggan. Lu memang hebat uncle...Layan ja la..



p/s: Don't trust salesperson 100%. It better do research by yourself at the 1st place. All information at your fingertips maaa..hihii... 




Source: Youtube

GAMBAR PALING LOL

Baru-baru saya p buat date dengan doktor gigi. Masa tengah tunggu tu ternampak gambar ni...LOL (klik link untuk gambar penuh)




Isnin, 2 Julai 2012

IKAN KELISA VS IKAN TOMAN

Topik hari ini adalah tentang Ikan Kelisa vs Ikan Toman.

Apa yang menarik tentang 2 ekor ikan ni? Sapa-sapa tak tau mari layan gambar kat bawah (gambar tu Anak  Mensia pinjam kat Google)

Ikan Kelisa


Ikan Toman


2 ekor ikan ini boleh saya samakan dengan WANITA. Kedua-dua ekor ikan ini adalah spesis pemangsa yang hebat namun kedua-dua nya mempunyai nilai yang berbeza pada Sang Pemancing. Dalam permainan duniawi, Lelaki diakui adalah Sang Pemancing tersebut. Ada yang hebat dan juga yang biasa-biasa saja. Ada yang memancing di laut ada di sungai dan ada juga di kedai.

Tidak semua manusia di dunia ini dilahirkan sempurna namun setiap kelemahan ini pasti ada pelengkapnya. kecantikan fizikal adalah sangat subjektif dan berbeza penilaiannya untuk setiap individu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...