Topik hari ini adalah tentang Ikan Kelisa vs Ikan Toman.
Apa yang menarik tentang 2 ekor ikan ni? Sapa-sapa tak tau mari layan gambar kat bawah (gambar tu Anak Mensia pinjam kat Google)
Ikan Kelisa
Ikan Toman
2 ekor ikan ini boleh saya samakan dengan WANITA. Kedua-dua ekor ikan ini adalah spesis pemangsa yang hebat namun kedua-dua nya mempunyai nilai yang berbeza pada Sang Pemancing. Dalam permainan duniawi, Lelaki diakui adalah Sang Pemancing tersebut. Ada yang hebat dan juga yang biasa-biasa saja. Ada yang memancing di laut ada di sungai dan ada juga di kedai.
Tidak semua manusia di dunia ini dilahirkan sempurna namun setiap kelemahan ini pasti ada pelengkapnya. kecantikan fizikal adalah sangat subjektif dan berbeza penilaiannya untuk setiap individu.
Girl Generations
Dalam kehidupan seorang lelaki, mereka memang dilahirkan untuk menjadi Sang Pemancing dan Wanita adalah mangsa permainan ini. Namun wajarkan wanita terus meletakkan diri mereka pada keadaan ini? Semestinya tidak. Di sini bermulanya hubungkait antara Wanita dengan Ikan.
Jika kita melihat kepada ciri pada Ikan-ikan ini nescaya ada yang sudah dapat mengetahui hubungkait topik kali ini.
IKAN KELISA
Ikan nya cantik dan lemah lembut dan sedap dipandang mata. Bukan mudah untuk memiliki ikan secantik ini dan habitatnya hanyalah di sungai-sungai yang jernih dan bersih. Malah harga jualannya pun mahal jika ingin mendapatkannya di kedai akuarium. Bila sang pemancing dapat menangkap ikan secantik ini adalah amat jarang mereka akan melepaskannya. Kebiasaanya mereka akan membawa ikan ini balik dan memeliharanya dan menjaganya dengan baik.Set Aquarium yang cantik pasti tersedia untuk ikan ini.
Gambar Hiasan Hak Milik Aquascape Dymbronk
Dalam peumpamaan ini diibaratkan seorang wanita yang baik dan luhur hatinya pasti akan dijaga dengan baik oleh seorang lelaki dan dijadikan penyeri hati dan rumah tangga.
IKAN TOMAN
Tidak ramai yang mengemari ikan ini namun Sang Pemancing amat mengemari ikan toman. Kenapa? Ini kerana sifat ikan ini yang amat menyeronokkan bila berentap. Ini menjanjikan keseronokkan dalam permainan ini. Bila ikan ini berjaya ditangkap dan setelah berpuas hati bergambar dan mendapat kepuasan atas kejayaan menaikkan ikan ini maka ia akan dilepaskan semula. Segala kesakitan dan kelukaan ikan Toman tadi tidak dihiraukan kerana itulah hakikat dalam permainan "Catch & Release". Selain itu Toman juga mudah didapati di mana-mana tak kira danau, sungai malah terusan ataupun parit sekalipun ikan ini mudah didapati.
Gamabr Hiasan Milik Arowana.Asia |
Dalam situasi ini, ikan toman diibaratkan sebagai perempuan murahan dan tiada nilai serta sekadar untuk memberikan keseronokkan kepada lelaki kasanova. Mudah didapati di mana-mana. Lelaki sekadar menggunakan wanita seperti ini untuk keseronokkan semata-semata dan tidak akan menjadikan mereka sebagai teman hidup. Bila sudah puas maka wanita ini akan dilepaskan. Perasaan dan emosi tidak diambil kira.
Jadi para Wanita, anda ingin menjadi seperti Ikan Kelisa mahupun Toman. Semuanya terpulang kepada anda. Seorang pemancing pasti akan terbuai dengan keasyikan lenggokan seekor Kelisa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan