Cari Blog Ini

Khamis, 6 September 2012

REKOD DARI MASTERMIND THE RED DEVILS

Baru-baru ini semasa perlawanan dramatik antara MU vs Soton, Sir Alex Ferguson meraihkan perlawanan ke 1000 beliau sebagai pengurus Manchester United dan ini meletakkan beliau sebagai pengurus paling lama dalam sejarah United. Sepanjang karier beliau sejak 1986 (sebaya aku ni!!)




Sepanjang 27 musim berada di United, bermacam-macam kontroversi yang mencalit orang tua ni. Antara yang paling pemes adalah bergaduh dengan laki Posh Spice sambil berbaling kasut. SAF memang terkenal dengan keceluparan dan kelantangan beliau. Beliau juga berjaya membuatkan para Superstar United tunduk kepada ketokohan beliau. Konsep beliau yang "Lu tarak mau dengar cakap gua Lu get loose" ternyata berkesan dan telah menyebabkan United kehilangan beberapa nama besar dari Theater of Dream seperti David Beckham, Ruud Van Nistelrooy, Gabriel Heinze,  Jaap Stam, Dwight Yorke dan Paul Ince (ada lagi nama lain tapi tak ingat..biar lerr). Tapi sekejap jer SAF cari ganti.


Rabu, 5 September 2012

VIDEO PENUNGGANG SKUTER PALING BERNASIB BAIK

Benar ba kata perpatah, Jodoh, Ajal di tangan Tuhan. Kalau dah ajal time makan pun boleh jalan. Tapi dah memang ajal tak sampai seru lagi begini la jadinya..kena kuis dengan lori trak besar gedabak pun hidup walaufiat lagi. Tapi sekurang-kurangnya jangan la jemput ajal tu kalau rasa-rasanya bekalan akhirat tak cukup lagi. Tak pepasal jumpa Lucifer & co. 

Kalau penat biar la berhenti tepi jalan dan tidor tapi awas kalau tak kena tempat (memang dah ajal) free-free pula yer kena langgar..haiissshhh~~!! 

P/s: Kalau macam Tomok dalam Mantera tu tak pe gak..boleh transform p robot.




Thank to Andrian Freak


PHOTOGRAPHERcing TERULUNG

Fuuuhh...brader ini memang gempak sioott~!! Lens murah tak main dia cakap..semua lens-lens dia memang super "mahal". Lens brader kita ini memang mahal (pada dia la kot) tp tengok kat Speedlite dia..aduuiii...


Sumber gambar Jeremy Amy

Kalau sesiapa yang tak reti sangat pasal kamera macam aku ini bolehlah dia kencing tapi Mr. Google ada Bebs!! Mari kita tengok harga lens-lens brader yang "mahal' ini..

Canon EF 15-85 F3.5 IS zoom - RM 2.8K
Canon EF 24mm F2.8 prime - RM 1.6K
Canon EF 50mm F1.8 prime - RM0.35K
Canon EF 18-55mm F3.5 IS zoom - Kits Lens (disertakan dengan camera- pakej ler tu)
Canon EF 55-250mm F3.5 IS zoom - RM 0.9K (masa aku beli dulu la..paling2 pun 1K ja)

Flash:
YN 467 - Less then RM300.00
YN 460 - Less then RM 200.00 (ini pun aku pakai)


Selasa, 4 September 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...