Cari Blog Ini

Jumaat, 25 Oktober 2013

VIDEO PARANORMAL HARI INI : GUSI DAN GIGI


Jumaat, 20 September 2013

RUPA PARAS SECARA PURATA WANITA-WANITA DI DUNIA BERDASARKAN NEGARA.

Wahh~!! Kreatif!

Korang rasa mana satu yang cantik...aku rasa Isreal, Spain antara yang cantik...masing-masing punya taste katakan...


Sumber 9gag

Rabu, 18 September 2013

DUNIA MINIATUR PALING EPIC DIBANGUNKAN DI HAMBURG, JERMAN

Aku adalah seorang yang sangat minat pada miniatur tapi malangnya tiada bakat dan kesungguhan dalam imaginasi berkarya. Keunikan pada miniatur adalah kita melihat dunia ini dalam skala yang lebih kecil seterusnya menjadikan kita seperti gergasi.

Pada masa kini, sebuah dunia dalam bentuk miniatur telah dibangunkan di utara Jerman iaitu di Hamburg dan dikenali sebagai Miniatur Wunderland.

Suatu masa nanti kalau dimurahkan rezeki aku nak melawat muzium ini...seriously epic!!




Selasa, 10 September 2013

KEGIGIHAN SEORANG GURU DI INDIA YANG HEBAT DAN MENGAGUMKAN

Beliau telah berenang sejauh 12KM setiap hari selama 20 tahun semata-mata untuk mendidik anak bangsa. Jauh dilubuk hati kenapa beliau tidak berpindah saja ke tempat yang lebih dekat dengan sekolah? Sebab ini adalah India dan bukan Malaysia.

Besar kemungkinan kemudahan di sana tidak sama seperti yang terdapat di Malaysia. Mendengar cerita guru-guru di Malaysia adakalanya berjalan kaki 2-3KM setiap hari ataupun naik bot pun sudah cukup mengagumi kegigihan mereka inikan pula berenang. Jadi murid-murid, hargai jasa guru-guru anda. Jangan asyik nak mengadu bila cikgu marah atau denda. Ni cikgu baru denda berdiri luar kelas sebab tak siap kerja rumah dah mengadu dengan bapa dan si bapa pula buat laporan polis (teringat satu kejadian dahulu di suratkhabar). Zaman kami bukan setakat berdiri luar kelas, berdiri atas meja sambil letak buku di kepala pun pernah tapi tak berani nak mengadu kat mak ayah takut nanti kena rotan pula di rumah atau denda tak boleh main bola bila petang.

P/s : Mak bapa zaman sekarang terlalu manjakan anak sampai anak besar kepala dan tak hormat orang lain termasuk mak bapa itu sendiri.


Sumber youtube
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...