Cari Blog Ini

Khamis, 26 Julai 2012

KEJADIAN KAPAL TERBAKAR DI LABUAN (5 GAMBAR)

Fuhh...ingatkan Zeus mengamuk dan menghantar kilat dan guntur (guruh) di Labuan pagi tadi tapi rupa-rupanya kapal pula yang terbakar lalu meletup kebabooomm. Hampir seluruh pelosok Labuan dapat merasai  kesan letupan dan gegaran. Dasyat oohh...kejadian dikatakan berlaku pada jam 2.30 pagi di Loji Petronas Methanol Labuan. Punca kejadian masih dalam siasatan dan ada khabar angin cakap punca dari panahan petir (yer ke tidak tak tahu la...). Kalau ikut pengalaman kawan-kawan yang tinggal di kawasan bandar terutama yang duduk di flat-flat dan bangunan tinggi cakap "rasa macam mau runtuh saja bangunan tu geng". Serammm nyerr...Letupan kedua dilaporkan pada sekitar jam 7.00 pagi (patutlah masa siap-siap nak p kerja ada terdengar macam pintu kena hempas tapi macam mustahil pula sapa nak hempas pintu bilik ku tu yang bertutup paduhal letupan pula tu).  Jadi untuk langkah keselamatan hampir kesemua yard-yard di sekitar Pulau Enoe ditutup termasuk yard yang paling jauh macam LSE (Labuan Shipyard & Engineering) pun dikosongkan. Sekitar jam 12.00 tgh tadi proses pemadaman masih dilakukan (jelas kelihatan kalau dari pejabat kesayangan ku ni). Jadi di sini nak kongsi sikit gamabr-gambar yang dicelok dari pelbagai sumber di facebook








Untuk warga Labuan, kita mungkin bakal menghadapi masalah bekalan elektrik kerana tadi pihak SESB khuatir tidak dapat menyalurkan bekalan yang mencukupi ke seluruh Labuan sebab Stesen Janakuasa Elektrik Patau-Patau yang besebelahan Loji Petronas Methanol terpaksa ditutup memandangkan penyaluran gas dari loji ke stesen diberhentikan (sumber Berita RTM Labuan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...