Cari Blog Ini

Selasa, 2 Oktober 2012

KEJADIAN FERI KENDERAAN TERBAKAR DI LABUAN

Oh Nooo...sekali lagi penduduk Pulau Labuan dikejutkan dengan tragedi kebakaran di laut selepas kes Bunga Alpina milik MISC yang terbakar dan meletup mengegarkan Labuan beberapa bulan lalu. Kali ini pula lagi sandi apabila ia melibatkan Feri kenderaan yang merupakan nadi utama warga Labuan untuk berhubung dengan dunia luar. Dengan ketiadaan feri Wawasan yang besar gedabak ini, penduduk Labuan hanya mengharapkan 2 lagi feri kecil yang pastinya tidak akan mampu menampung permintaan warga Labuan untuk ke Sabah. Bayangkan muatan feri Wawasan ini mampu menampung 2 buah muatan feri kecil iaitu Warisan dan Kimanis. Sedang warga Labuan menarik nafas lega dengan penambahan dari 2 ke 3 feri iaitu kehadiran feri Kimanis yang baru beroperasi hujung Ogos lalu kini sekali lagi mereka dihimpit permasalahan yang sama. Malah lebih menyedihkan, kadar kemasukkan lori-lori pembawa bekalan makanan dari Sabah/Sarawak pasti sedikit terganggu. Dengan kejadian sebegini pasti akan ada kedengaran mulut-mulut yang bersuara tentang pembinaan jambatan. Malahan isu jambatan ini sering dipolitikkan pelbagai pihak terutamanya parti-parti politik.

Aduuii duuii...nasib la feri ini tidak terbakar semasa dalam pelayaran. Kalau tidak..tak tau apa mau cakap oo..dan bernasib baik juga la feri tu belum mempunyai muatan. Kalau ikut jadual feri tu bertolak jam 0800 pagi ini dari Labuan ke Menumbok, Sabah. Dengar-dengar khabar punca feri ini terbakar akibat litar pintas di bahagian kantin feri dan ada letupan dari tong gas yang ada di dek penumpang. So kepada warga Labuan diharap banyak bersabar dan terpaksalah batal niat sapa-sapa yang hendak p KK ujung minggu ni. Naik speedbot saja la kita ni ging..paling-paling naik express hahaa....macam takut pula mau naik feri selepas ni...










*p/s : ada hikmah juga disebalik kebakaran feri ini sebab dengan kebakaran ini diharapa pihak Labuan Ferry akan membaiki segala keusangan di dek penumpang yang cukup-cukup menyedihkan. Apa guna ada kerusi tapi tak boleh duduk.


Sumber WELL

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...