Cari Blog Ini

Isnin, 18 Mac 2013

INFO SIHAT : KHASIAT TEH HALIA KUNYIT


Semalam tengok Backyard Medicine di Saluran LI rupa-rupanya best juga rancangan dia ni. Dalam rancangan tu dia ajar bagaimana herba-herba yang tumbuh di sekeliling kita sebenarnya amat berguna jika dimanfaatkan dengan sebaik-sebaiknya. Salah satu yang dia ajar adalah bagaimana para pesakit Rheumatoid Arthritis (RA) dapat mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada sendi.

Bahan Utama adalah KUNYIT (lebih info rujuk sini) !!


Cara penyediaan:

1. Buangkan kulit kunyit dan halia.
2. Masukkan kunyit dan halia ke dalam lesung (mesin pengisar pun boleh) dan lada hitam. Kisar hingga halus.
3. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk dan campurkan dengan susu segar, teh dan gula melaka. Panaskan dengan api yang sederhana dan gaulkan sehingga sebati selama lebih kurang 5-7 minit.
4. Tapiskan campuran tadi.
5. Teh Halia Kunyit sedia untuk dihidang! (bagi nak suka teh tarik boleh la tarik teh halia kunyit ini)

AWAS! Rasanya mungkin tidak sesedap teh halia biasa sebab ada rasa kunyit.

* Ini adalah persediaan secara traditional bagi mengurangkan kesakitan dan bengkak pada sendi pesakit RA.

Selamat mencuba.

Anak Mensia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...