Cari Blog Ini

Rabu, 27 Mac 2013

SADIS & KEJAM : ORANG UTAN DIBAKAR HIDUP-HIDUP

MANUSIA JENIS APA PERANGAI MACAM NIE??!!

Menurut sumber OrangUtan ini dibakar hidup-hidup sehingga mati kerana kesalahan yang tidak seberapa berat bagi seekor makhluk Tuhan yang bernama binantang iaitu mengambil buah-buahan milik orang kampung akibat terlalu kelaparan.

Cuba kita bayangkan dan fikirkan adakah apakah kesalahannya begitu besar sehingga kita menyiksa dengan membakarnya hidup-hidup? Apakah ini penyiksaan dan hukuman yang harus ia terima dek kerana ingin mengisi perut yang kosong? Walaupun ia adalah seekor binantang namun kita selaku manusia tidak wajar memperlakukan ia sedemikian rupa. Cuba kita fikir-fikirkan kenapa saban hari semakin banyak kita dengar kes binatang liar mula "menceroboh" kawasan ladang dan kebun manusia? Secara rasionalnya siapa yang menceroboh kawasan siapa? Oleh kerana kerakusan manusia itu sendiri yang menjadi punca berlakunya kes "pencerobohan" ini. Kita dengan rakusnya menebang pokok, meneroka hutan, pembakaran, pembinaan dan pembalakan yang mengakibatkan "tuan tanah (haiwan)" lari bertempiran menyelamatkan diri kerana sesungguhnya mereka tidak berupaya mempertahankan hak kehidupan mereka.

Kesan daripada itu, haiwan-haiwan ini mula mendekati kawasan penempatan manusia dan akhirnya berlakulah pencerobohan demi sebuah kehidupan. Bumi ini telah dianugerahkan dengan pelbagai kehidupan yang mana kita saling bergantung antara satu sama lain. Sewajarnya kita harus berkongsi kehidupan dengan mahkluk Tuhan yang lain. Berlainan pula tindakan kita jika ia mengancam kehidupan kita sepeti menyerang dan membuat kacau.

Suka saya merujuk kepada sebuah cerita kartun  iaitu Over The Hedge yang suatu masa dahulu pernah ditayangkan di pawagam. Cerita ia mengisahkan pembangunan dan permodenan manusia memberi impak negatif pada hidupan liar di luar sana sehingga mengakibatkan sumber makanan mereka berkurang.

Jika anda ternampak binatang menceroboh kawasan anda sila ambil tindakan dengan melapor kepada Jabatan Perhilitan atau pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dan bukannya sesuka hati mengambil tindakan sedemikan rupa lebih-lebih lagi binatang yang terancam seperti OrangUtan.

Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawap kepada pembunuhan OrangUtan ini supaya menjadi iktibar kepada orang ramai.

Sekian;
Anak Mensia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...