Cari Blog Ini

Rabu, 28 Ogos 2013

BOBO BUAT HAL LAGI..KALI INI LAGI DASYAT!

Dussshhh~!! Wachaaaa!!

Kali ni tak tau nak cakap apa...aku gelak pun tak tau gelak pasal apa..sama ada sebab latar lagu tu yang diadun semula macam adunan roti bahulu dicampur karipap atau sebab gaya si Bobo ni. Korang tengoklah sendiri tapi lepas tengok jangan sumpah seranah dia pula...tak baik.



Bila video ini tersebar di laman sosial ramai yang mencarut dan menyumpah nyumpah dan tak kurang juga yang berprasangka baik. 



Sampai ada cakap Bobo anak haram, anjing, babi dan sebagainya. Agak kurang enak bila kita mengatakan seseorang itu (walaupun kita tak suka pada dia) sebagai anak haram. Cuba kaji balik penggunaan perkataan "anak haram" tu apa maksud dia. Bila kita mengatakan seseorang itu anak haram secara tidak langsung kita melibatkan mak bapa dia. Seperti dia ni lahir dari hubungan luar nikah atau anak tak sah. Siapa kita untuk mengatakan dia anak haram? 


Jadi seeloknya kalau kita tak suka pada sesuatu tu kita sebenarnya diberi pilihan untuk pejamkan mata dan beralih ke benda lain atau terus kekal bertahan dan layan. Kalau nak komen atau memberi pendapat dan nasihat (lumrah manusia untuk suka menasihatkan orang lain walaupun diri sendiri tu tak berapa betul) sekalipun guna bahasa yang lebih baik dan elakkan sumpah seranah kerana nanti tak pasal-pasal kita sendiri yang dapat dosa. Kita cakap orang lain anak haram jangan-jangan kita pula melahirkan anak haram. Dunia ada hukum karma.

Apa-apa pun enjoy. Dunia atau hidup akan menjadi bosan kalau tak ada orang macam Bobo ni. Hidup jangan terlalu siriusss nanti kena penyakit stress! haha...

Sumber komen dan video : Himpunan Cerita Lawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...