Cari Blog Ini

Isnin, 19 Ogos 2013

ERA BARU MANCHESTER UNITED 2013/14

THE CHAMP2ONS.


Selepas persaraan Sir Alex Ferguson pada musim 2012/13 selepas memenangi kejuaraan ke-20 Liga Perdana Inggeris melebarkan rekod kejuaraan dari Liverpool (18 kejuaraan EPL) menjadikan Manchester United sebagai kelab Inggeris paling berjaya. Kejayaan ini banyak dilakarkan semasa era Sir Alex Ferguson.



Semasa SAF mengumumkan persaraan beliau, ramai peminat yang terkejut dan sedih dengan keputuasan tersebut dan dengan serta merta SAF mengumumkan David Moyes sebagai peneraju legasi yang beliau tinggalkan. SAF meninggalkan sebuah pasukan Juara kepada David Moyes dan pasti amat berat untuk DM memikul tanggungjawab bagi mengekalkan penguasaan The Red Devil di Liga Perdana dengan cabaran yang begitu hebat dari ManCity dan Chelsea serta Arsenal dan Spurs dan tidak dilupakan Liverpool. Pasukan-pasukan ini menyuarakan keyakinan mereka bahawa The Red Devil bakal hancur dibawah pengurusan baru. Namun harus kita fikirkan semasa pasukan-pasukan ini begitu lantang menyuarakan keyakinan mereka, adakah mereka lupa siapa David Moyes? Pada pandapat saya, David Moyes adalah penjelmaan semula Sir Alex versi muda. Sepanjang rejim Moyes di Everton selama 10 tahun, beliau berjaya mengekalkan Everton sebuah pasukan yang serba serbi sederhana dari segi kewangan dan fasiliti menjadi pencabar di EPL. Malahan kedudukan Everton adalah lebih baik dari Liverpool pada musim lepas walaupun Liverpool memiliki Suarez dan Gerrard.


Man Utd bukan sebuah kelab yang bersifat terdesak seperti Chelsea dan Mancity yang inginkan kejuaraan sekelip mata. Sayang sekali kelab sehebat Chelsea dihancurkan oleh Roman yang begitu ghairah dan kurang sabar dalam pengurusan. Begitu banyak pengurus hebat  di Chelsea namun dalam masa 2-3 tahun pasti mereka akan terkulai dan dipecat. Begitu juga ManCity. Sejak dimiliki oleh saudagar Arab yang kaya raya begitu banyak bakat bola sepak menjadi pemanas bangku simpanan dan karier mereka jatuh menjunam (dan ada juga yang berjaya).



Kini dengan kehadiran Moyes di Man Utd, kita bakal memperlihatkan kebangkitan pemain muda di Man Utd seperti Adnan Januzaj, Jessy Lingard, Welfred Zaha, Danny Welbeck sambil dibantu oleh pemain berpengalaman berstatus bintang seperti Rooney, van Persie, Giggs, Vidic, Ferdinand dan Carrick. Jika diperhatikan semasa siri jelajah pra musim, DM gemar menurunkan pemain-pemain muda walaupun keputusan jelajah pra musim tidak begitu menyakinkan tapi kita dapat menyaksikan kelibat pemain muda begitu mengujakan. Dan sehingga entry ini dibuat, Manchester United masih belum menandatangi sebarang pemain baru dibawah kendalian Moyes walaupun beberapan nama telah dikaitan termasuk Fabregas (Barca), Modric, Ronaldo, Ozil (Real Madrid), Fellaini dan Baines (Everton) dan Bale (Spurs). Dikalangan ini nampaknya Fabregas adalah mustahil untuk menyertai Man utd setelah dia menyatakan keingian untuk terus kekal di Nou Camp.



Ada segelintir penyokong "lalang" meragui kemampuan Moyes dalam membimbing Man Utd setelah kegagalan mendapatkan pemain baru sejak pintu perpindahan dibuka tapi beliau telah memulakan musim 2013/14 dengan penuh keyakinan apabila memenangi Community Shield menentang Wigan dan kemenangan ke atas Swansea dengan jaringan besar menggunakan pasukan asal yang ditinggalkan oleh Sir Alex tanpa ada perubahan pada senarai skuad utama. Kita seperti dan masih merasakan Sir Alex membimbing Man Utd jika kamera tidak dihalakan pada kerusi pengurus kerana United yang kini tetap seperti United yang dulu. Setiasa kuat dan bertenaga. Namun yang pasti Moyes adalah pilihan tepat untuk menerajui Manchester United bagi mengekalkan penguasaan di Liga Perdana Inggeris dan Eropah.


Seterusnya yang menanti adalah Chelsea di Old Trafford pada 27/08/2013. Sama-sama kita nantikan adakah skuad Moyes mampu merobek ego Jose Mourinho yang telah melancarkan perang psikologi dengan kenyataan-kenyataan tentang minatnya pada Wayne Rooney dan sedia membawa Rooney ke Stamford Bridge

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...