Walaupun keputusan perlawanan akhir Badminton Sukan Olimpik London 2012 berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Lin Dan dan rata-rata rakyat Malaysia hampa tak dapat merasa aiskrim Baskin Robbins percuma namun Datuk Lee tetap mendapat sanjungan dan penghormatan yang amat tinggi daripada seluruh rakyat Malaysia. Semasa upacara penyampai hadiah Datuk Lee Chong Wei masih tidak dapat mengawal emosi dan ternyata beliau sungguh kecewa kerana ini adalah kali kedua beliau tunduk di hadapan Lin Dan pada temasya yang sama 4 tahun yang lalu di Beijing.
Apa-apa pun Datuk, anda tetap juara dihati rakyat Malaysia. Ramai rakyat Malaysia terharu dengan sikap rendah diri Datuk. Teruskan usaha Datuk dan kami sentiasa berada di belakang untuk menyokong setiap perjuangan Datuk saat membawa cabaran Jalur Gemilang.
Pingat Perak dan merupakan pingat pertama negara untuk temasya kali ini. |
Beliau meminta maaf melalui Tweeter milik beliau |
Saya rasakan "I'm Sorry" adalah tidak perlu namun ini lah Datuk Lee Chong Wei. Beliau sentiasa bersikap rendah diri dan beliau bukan berjuang untuk dirinya semata-mata malah beliau berjuang untuk nama Malaysia dan seluruh rakyat yang berharap padanya.
Dengan piengat perak ini, Datuk Lee Chong Wei telah memastikan Malaysia tidak pulang dengan tangan kosong pada temasya kali ini. Persoalannya siapakah lagi yang mampu memikul tanggungjawap dan mengisi kekosongan yang bakal Datuk tinggalkan pada temasya 8 tahun akan datang ataupun 4 tahun lagi? BAM harus segera bertindak dan jangan berharap pada Datuk Lee Chong Wei semata-mata. Kita patut belajar dari China yang tidak putus-putus menampilkan jagoan bertaraf dunia. China tidaklah hebat sangat namun resepi kejayaan mereka adalah mereka gigih dalam mencari pelapis dan berani untuk mengetengahkan bakat-bakat baru.
p/s : Pada saat entry ini dibuat, Azizulhasni Awang sedang membawa cabaran negara pada acara berbasikal track peringkat kelayakan.
Gambar dari Facebook Mentor 6

Tiada ulasan:
Catat Ulasan