Cari Blog Ini

Rabu, 1 Ogos 2012

KEISTIMEWAAN SILICON VALLEY DI USA (16 GAMBAR)

VERSI INFO

Silicon Valley yang terletak di San Francisco, California merupakan BAPAK segala bandar teknologi di dunia. Kebanyakkan syarikat-syarikat multi billion yang berteraskan teknologi pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya cawangan berada di Silicon Valley ni.

Asal usul nama Silicon Valley ini diberikan oleh Ralph Vaerst, seorang usahawan berjaja berjaya di Central California. Gelaran ini diberikan kerana kebanyakan penghasilan semi-konduktor yang menggunakan silikon dihasilkan di sini. Antara syarikat-syarikat gergasi tahap godzilla yang ada di SV ini adalah :

Adobe System
Apple Inc
Intel
Advance Micro Devices (AMD)
Google
Yahoo!
IBM
Compaq
HP
Logitech
Ebay

Facebook
Senarai penuh syarikat-syarikat yang ada di Silicon Valley

Dengar-dengar ada syarikat dari Malaysia yang berjaya menyelitkan diri di dalam kawasan elit ini. Nama syarikat tu  Terato Tech Sdn Bhd (sumber Yahoo). Memang hebat!!


Selain syarikat-syarikat teknologi tinggi, terdapat juga fasiliti milik kerajaan US seperti NASA Ames Research Center dan Onizuka Airforce Station.

Onizuka Airforce Station
Universiti-universiti terkemuka pun turut menjadi penyumbang kepada kepesatan penyelidikan dan pembangunan di sini. Tidak kurang dari 10 buah universiti yang berada di sekitar Silicon Valley ini dan salah satunya adalah Stanford University.

Stanford University

Tidak dapat dipertikaikan kewujudan sesebuah institusi pendidikan pasti akan menyumbang kepada pembangunan di sesuatu tempat. Contoh terbaik adalah UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak) dan UiTM Kampus Samarahan yang menjadi pemangkin kepada kepesatan pembangunan fizikal di Kota Samarahan. 

Source : Wiki
Pictures Source : tonie.netmashable.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...