Inikah sikap segelintir editor suratkhabar tempatan yang langsung tiada nilai sensitiviti dalam penulisan. Gambar dibawah adalah printscreen daripada Kosmo Online hari ini 6 Ogos 2012. Rasa-rasanya headline itu amat tidak wajar dan bunyinya seperti memperlekehkan usaha Datuk Lee Chong Wei. Adakah mereka merasakan pengorbanan DLCW adalah berlandaskan habuan ini semata-mata? Kalau benar sekalipun itu tidak salah namun jelas sekali selepas perlawanan semalam beliau terus menerus meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Jika benar Datuk hanya berharap pada ganjaran tersebut pasti beliau tidak akan meminta maaf kepada Malaysia sambil diiringi air mata. Kepada akhbar tempatan silalah bersikap sensitif terhadap sesuatu isu.
Namun pendekatan berbeza diambil oleh Utusan Malaysia apabila tajuknya lebih sedap walaupun adakalanya berita-berita yang disampaikan agak meloyakan tapi pada kali ini pendekatan adalah berbeza dan lebih baik
betul tu.. Datuk Lee Chong Wei dah buat yang terbaek.. tak patut akhbar letak title yang macam tu.. kalau datuk sndr yang baca, tak ke stress dibuatnya.. selamber je sebut "Chong Wei MENGEKALKAN pingat perak" Macam perli je.. So What??? dah adat pertandingan mestilah ada kalah menang.. ayat "selepas tewas buat kali kedua" much much better..
BalasPadam