Salah eja lain jadi maksudnya...
Cari Blog Ini
Isnin, 11 Ogos 2014
Rabu, 6 Ogos 2014
BOIKOT vs KEGANASAN VANDALISME
SUMBER DARI BERITA AWANI
KUALA LUMPUR: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aqsa Syarif memohon orang ramai yang menyokong kempen boikot barangan Israel supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen itu sebagai menunjukkan rasa simpati terhadap penderitaan penduduk Palestin di Gaza.
Pengerusinya Dr Hafidzi Mohd Noor merujuk kepada kejadian premis McDonald’s (McD) di Dungun pada 5 Ogos di mana sekumpulan orang ramai mengganggu premis McD dan membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai restoran berkenaan.
“Tindakan liar dan melampau ini tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot, sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta awam (vandalism),” kata Dr. Hafidzi.
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/ngo-kesal-orang-ramai-ganggu-premis-mcdonalds-41351?cp
POSTER BARANGAN YANG DIPROMOSIKAN UNTUK DIBOIKOT
ULASAN PERIBADI SAYA
Ini bukan caranya..ini bukan boikot dah ni...sapa yang nak boikot tu sila-silakan tp jgn sampai bertindak ganas dan tersasar dari norma kemanusian...nak boikot senang ja..tak payah jejak kaki pun p McD. Yang kumpul2 ni bukan ada hasil pun..buang masa & tenaga lagi ada..silap2 kena cekup polis sbb berkumpul tidak memiliki permit...kira perhimpunan haram la...
Mari aku ajar 10 cara boikot :
1. Kalau dlu suka mkn burger McD tukar la p Burger Ramli Warung Mak Jemah
2. Kalau dlu suka minum Starbuck tukar la p minum kopi tenom kisar sendiri lepas tu campur cream..jadi la frappucino kopi tenom
3. Kalau KFC pula p goreng ayam sendiri tak pun kalau malas p beli kat Uncle Bob
4. Whatapps tukar p conventional sms; Facebook tukar p Weibo (china)
5. Caltex, Esso, Mobil tu tukar la p Petronas ..sokonglah industri minyak negara.
6. Yang guna Intel (Pc or Laptop) tu p tukar processor anda ke AMD sbb AMD Mormon yang punya
7. Coca-Cola pula paling senang..minum je MyCola
8. BOSE < haaa..yang ni sapa ado set home theater dia jgn buang..bagi kat aku...
9. Yang Wanita jangan guna Kotek..tukar p jenama lain..sama juga baby jgn pakai huggies..tukar p lampin lain yg cuci sendiri tu.
dan tips yang terakhir (byk lagi sebenarnya..)
10. yang pakai alatan kosmetik Dunhill, Hugo, DKNY, Garnier, Giorgio Armani, Maybelline, Ralph Lauren, Gucci, SKII,Revlon etc..tukar ja p jenama lain..Safi Rania kan ado...perfume kan byk jual kat kedai2 Masjid India yang dlm botol2 kecik tu..jimat dan murah..wangi lagi..
Kita sebenarnya banyak pilihan lain..tak plu dan berkumpul2 mcm ni... alasan seperti simbolik bagai ni tak berapa nak sesuai sbb mcm kanak2..cuba tengok kanak2 yang protes sebab abah dia tak mau bli alat mainan dia akan sama ada menangis or worse bogel buka seluar dpn kedai sambil menangis.. at the end sapa malu? Abah dia dan dia sekali yang malu... apa jurujual tu buat? xdo..dia buat bodo jer.. sinomim nya lu fikir la sendiri..
Jumaat, 14 Februari 2014
BANJIR DI BEAUFORT, SABAH
Info terkini yang diperolehi daripada Cawangan Trafik Papar menunjukkan Pekan Beaufort, Sabah mengalami banjir teruk akibat limpahan daripada Sungai Padas. Aduhaiii...kesiannya... pekan Beaufort ini antara tempat yang menjadi kebiasaan untuk outstation. Harap semuanya selamat dan berhati-hati bagi yang dalam perjalanan menggunakan laluan ini.
Untuk info, Pekan Beaufort adalah laluan utama yang menghubungkan Sipitang ke Kota Kinabalu. Kalau jalan ini terputus alamatnya memang tergendalalah perjalanan bagi yang dari Sarawak, Brunei dan Sipitang yang hendak ke Kota Kinabalu dan daerah-daerah lain di Sabah dan sebaliknya melainkan jalan alternatif melalui pekan Tenom dan Keningau (tapi dengar-dengar 2 pekan tersebut turut mengalami banjir).
Rabu, 12 Februari 2014
TAN SRI ADENAN SATEM DILANTIK SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK YANG BARU
Sejarah bakal tercipta untuk Bumi Sarawak apabila seluruh rakyatnya bakal menerima seorang Ketua Menteri yang baru pada 1 Mac 2014 apabila Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan yang disandang beliau sejak 1981-2014 berkuatkuasa pada 28 Feb 2014. Dengan ini Sarawak akan mendapat Ketua Menteri yang Ke-5 sejak merdeka daripada pemerintahan Keluarga Brooke.
![]() |
| Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud Tempoh menjadi Ketua Menteri Sarawak dari 1981-2014 |
Jumaat, 10 Januari 2014
BUKU YANG EPIC FAIL PASAL KAUM DI MALAYSIA
Alamak!! Betul ke ni?? Kadazan dan Iban tu terbalik...Klu yang Iban tu dia letak Murut aku boleh terima la..ni KADAZAN?? Kalau betullah ini ada di dalam buku sekolah kita macam mana kesilapan begini besar boleh berlaku??
Sumber : Best Bro
PERKATAAN-PERKATAAN YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN OLEH ORANG BUKAN ISLAM DI SELANGOR
Wow..bukan perkataan Allah ja tak boleh dipakai oleh non-muslim di Selangor malah ada 33 lagi perkataan dan menjadikan 34 keseluruhannya...perkataan-perkataan lain termasuklah Nabi, Iman, Firman Allah, Wahyu, Rasul dan INJIL?!!! Once agains..INJIL...
Jadi lepas ni Non-muslim kena cari alternatif untuk menggantikan perkataan-perkataan ini terutama di Selangor sebab perkataan-perkataan ini adalah perkataan wajib semasa Missa Kudus dijalankan... Alternatif lain balik ke Sabah Sarawak lah hahaa...
Jadi lepas ni Non-muslim kena cari alternatif untuk menggantikan perkataan-perkataan ini terutama di Selangor sebab perkataan-perkataan ini adalah perkataan wajib semasa Missa Kudus dijalankan... Alternatif lain balik ke Sabah Sarawak lah hahaa...
Sumber Malaysiakini
Isnin, 25 November 2013
CARA MAKAN SOTONG KURITA YANG KEJAM
Fresh!! Japanese memang terkenal dengan keunikan cara hidup mereka.
Kejam?? Ya memang nampak kejam cara mereka memasak sotong kurita ini yang dibakar hidup-hidup namun inilah nilai dan cara mereka untuk menikmati makanan.
Kejam?? Ya memang nampak kejam cara mereka memasak sotong kurita ini yang dibakar hidup-hidup namun inilah nilai dan cara mereka untuk menikmati makanan.
Jumaat, 25 Oktober 2013
Jumaat, 20 September 2013
RUPA PARAS SECARA PURATA WANITA-WANITA DI DUNIA BERDASARKAN NEGARA.
Wahh~!! Kreatif!
Korang rasa mana satu yang cantik...aku rasa Isreal, Spain antara yang cantik...masing-masing punya taste katakan...
Korang rasa mana satu yang cantik...aku rasa Isreal, Spain antara yang cantik...masing-masing punya taste katakan...
Sumber 9gag
Rabu, 18 September 2013
DUNIA MINIATUR PALING EPIC DIBANGUNKAN DI HAMBURG, JERMAN
Aku adalah seorang yang sangat minat pada miniatur tapi malangnya tiada bakat dan kesungguhan dalam imaginasi berkarya. Keunikan pada miniatur adalah kita melihat dunia ini dalam skala yang lebih kecil seterusnya menjadikan kita seperti gergasi.
Pada masa kini, sebuah dunia dalam bentuk miniatur telah dibangunkan di utara Jerman iaitu di Hamburg dan dikenali sebagai Miniatur Wunderland.
Suatu masa nanti kalau dimurahkan rezeki aku nak melawat muzium ini...seriously epic!!
sumber Miniatur Wunderland
Rabu, 11 September 2013
Selasa, 10 September 2013
KEGIGIHAN SEORANG GURU DI INDIA YANG HEBAT DAN MENGAGUMKAN
Beliau telah berenang sejauh 12KM setiap hari selama 20 tahun semata-mata untuk mendidik anak bangsa. Jauh dilubuk hati kenapa beliau tidak berpindah saja ke tempat yang lebih dekat dengan sekolah? Sebab ini adalah India dan bukan Malaysia.
Besar kemungkinan kemudahan di sana tidak sama seperti yang terdapat di Malaysia. Mendengar cerita guru-guru di Malaysia adakalanya berjalan kaki 2-3KM setiap hari ataupun naik bot pun sudah cukup mengagumi kegigihan mereka inikan pula berenang. Jadi murid-murid, hargai jasa guru-guru anda. Jangan asyik nak mengadu bila cikgu marah atau denda. Ni cikgu baru denda berdiri luar kelas sebab tak siap kerja rumah dah mengadu dengan bapa dan si bapa pula buat laporan polis (teringat satu kejadian dahulu di suratkhabar). Zaman kami bukan setakat berdiri luar kelas, berdiri atas meja sambil letak buku di kepala pun pernah tapi tak berani nak mengadu kat mak ayah takut nanti kena rotan pula di rumah atau denda tak boleh main bola bila petang.
P/s : Mak bapa zaman sekarang terlalu manjakan anak sampai anak besar kepala dan tak hormat orang lain termasuk mak bapa itu sendiri.
Sumber youtube
Rabu, 4 September 2013
POTONG KELAPA : HAWAII VS TRINIDAD
Cool...kalau potong kepala ni kompom sekali slashhhhhhh ja terus GOOooooooo
SUMBER çœŸçš„ä¼šç¬‘æ»æˆ‘啦!
Ahad, 1 September 2013
FILEM "TANDA PUTERA" YANG TERUS MENJADI FILEM "TANDA TANYA"
Sejak filem ini ditayangkan di pawagam ramai yang buthurt dengan cerita ni. Secara jujur aku belum tengok cerita ni dan besar kemungkinan tak akan tengok sebab mana tempat nak tengok tempat aku ni. Bukan ada pawagam. Tapi dari beberapa sumber di media sosial menggatakan terdapat "kegagalan" yang sangat teruk dari pihak penerbitan filem. Jika benar babak-babak seperti dibawah wujud dalam filem ni ternyata pengarah filem ni tidak membuat kajian dengan mendalam tentang latar belakang / suasana pada zaman 1969. Aku taknak komen banyak sebab tak tengok tapi tak salah nak kongsi pendapat agar pengarah filem lebih peka tentang latar belakang sesuatu zaman.
Aku taknak komen pasal jalan cerita filem ni sebab tak layak nak komen sebab tak tengok lagi. Sekadar nak kongsi babak je...
So kepada yang dah tengok cerita ni mungkin boleh sahkan kesahihan gambar-gambar ni kot...
Sumber Gambar disini
Rabu, 28 Ogos 2013
BOBO BUAT HAL LAGI..KALI INI LAGI DASYAT!
Dussshhh~!! Wachaaaa!!
Kali ni tak tau nak cakap apa...aku gelak pun tak tau gelak pasal apa..sama ada sebab latar lagu tu yang diadun semula macam adunan roti bahulu dicampur karipap atau sebab gaya si Bobo ni. Korang tengoklah sendiri tapi lepas tengok jangan sumpah seranah dia pula...tak baik.
Kali ni tak tau nak cakap apa...aku gelak pun tak tau gelak pasal apa..sama ada sebab latar lagu tu yang diadun semula macam adunan roti bahulu dicampur karipap atau sebab gaya si Bobo ni. Korang tengoklah sendiri tapi lepas tengok jangan sumpah seranah dia pula...tak baik.
Selasa, 27 Ogos 2013
THE LIVING OPTIMUS PRIME.
Optimus Prime merupakan watak utama dalam franchise Transformer. Tapi yang menarik tentang optimus prime ni adalah suara dia. Korang perasaan ke tak suara optimus ni dari dulu hingga sekarang sama saja tak kira dalam kartun atau movie termasuk video game?
![]() |
| Optimus Prime era 1980-an |
YES! Sebenarnya suara optimus ni adalah milik seorang individu yang sama sejak dari era 1980an hingga filem Dark Of The Moon.
![]() |
| Optimus Prime Versi Filem |
Selasa, 20 Ogos 2013
Isnin, 19 Ogos 2013
ERA BARU MANCHESTER UNITED 2013/14
THE CHAMP2ONS.
Selepas persaraan Sir Alex Ferguson pada musim 2012/13 selepas memenangi kejuaraan ke-20 Liga Perdana Inggeris melebarkan rekod kejuaraan dari Liverpool (18 kejuaraan EPL) menjadikan Manchester United sebagai kelab Inggeris paling berjaya. Kejayaan ini banyak dilakarkan semasa era Sir Alex Ferguson.
Semasa SAF mengumumkan persaraan beliau, ramai peminat yang terkejut dan sedih dengan keputuasan tersebut dan dengan serta merta SAF mengumumkan David Moyes sebagai peneraju legasi yang beliau tinggalkan. SAF meninggalkan sebuah pasukan Juara kepada David Moyes dan pasti amat berat untuk DM memikul tanggungjawab bagi mengekalkan penguasaan The Red Devil di Liga Perdana dengan cabaran yang begitu hebat dari ManCity dan Chelsea serta Arsenal dan Spurs dan tidak dilupakan Liverpool. Pasukan-pasukan ini menyuarakan keyakinan mereka bahawa The Red Devil bakal hancur dibawah pengurusan baru. Namun harus kita fikirkan semasa pasukan-pasukan ini begitu lantang menyuarakan keyakinan mereka, adakah mereka lupa siapa David Moyes? Pada pandapat saya, David Moyes adalah penjelmaan semula Sir Alex versi muda. Sepanjang rejim Moyes di Everton selama 10 tahun, beliau berjaya mengekalkan Everton sebuah pasukan yang serba serbi sederhana dari segi kewangan dan fasiliti menjadi pencabar di EPL. Malahan kedudukan Everton adalah lebih baik dari Liverpool pada musim lepas walaupun Liverpool memiliki Suarez dan Gerrard.
Rabu, 14 Ogos 2013
CARA PORNSTAR JEPUN BUAT KEBAJIKAN
Another crazy ideas by Japaneses! Rakyat Jepun memang terkenal dengan idea-idea yang diluar tengkorak pemikiran manusia terutama hal hal eroticsm. Menyedari keeroticsm rakyatnya yang tinggi bintang-bintang porn ni memang bijak mengambil peluang.
Langgan:
Catatan (Atom)





















